Tuesday 3 December 2013

Ustaz vs Liberal Girl

Liberal Gurlz :
“Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!”

Ustaz :“Ok silakan……what you want to know…”
Liberal Gurlz :
“Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?
Ustaz :
“Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!
Liberal Gurlz :
“No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai perempuan yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..”
Ustaz :
“Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina”
Liberal gurlz :
“Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!”
“Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…”
Ustaz :
“Hai….macam perli saya aje ni….?”
Liberal Gurlz :
“Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!”
Ustaz :
“Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka”
Liberal Gurlz :
“Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?”
Ustaz :
"Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual.”….
“Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?”Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!”
Liberal Gurlz :
“Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki”
Ustaz :
“Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah”
“Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.”
Liberal Gurlz :
“Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?”
Ustaz :
“Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!....menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!”
“Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!”
Liberal Gurlz :
“Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?”
Ustaz :
“Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka.”
“Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.”
Liberal Gurlz :
“Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “ the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..”
Ustaz :
“Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?”
“Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?”
“Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya”
Liberal Gurlz :
“Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..”
Ustaz :
“Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah”
Liberal Gurlz :
“Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..”
Ustaz :
“Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!”

Kopipes: blog hangceroi.blogspot.com

Friday 2 August 2013

Ciri2 ajaran sesat Syiah

Alhamdulillah mengikut kajian oleh sumber terpercaya barat, puak sesat ini iaitu syiah tak sampai 13% pun dari bilangan umat Islam sedunia.Cuma puak sesat ini suka mengada2kan berita kononnya mereka mempunyai bilangan yg ramai di Malaysia & di dunia..

23 Ciri-Ciri Ajaran Syiah.

1.Mereka tidak membasuh kaki ketika berwudhuk tetapi hanya menyapu dibahagian atas kaki seperti memakai khuf.

2.Ketika qiam solat mereka menjatuhkan tangan kebawah (disisi) tanpa meletakkan tangan di atas dada.

3.Kebanyakkan pengikut Syiah Ketika solat mereka akan membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu yang dijadikan sebagai tempat untuk sujud.

4.Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam tetapi mereka akan memukul kedua pahanya beberapa kali.

5.Kebanyakkan dari mereka hanya solat 3 waktu kerana disisi mereka harus menjamakkan solat zohor-asar dan maghrib-isyak walaupun tanpa bermusafir.

6.Menghalalkan nikah mut’ah (nikah kontrak mengikut hari atau bulan).

7.Memaki hamun dan mencela para sahabat Nabi s.a.w dan isteri-isteri Nabi.

8.Mencela imam-imam ahli sunnah seperti imam-imam 4 mazhab dan imam-imam Hadis seperti Bukhari dan Muslim.

9.Mengatakan bahawa al-Quran masih belum lengkap. Sepatutnya al-Quran 2 kali ganda tebalnya dari al-Quran yang ada.

10.Mengatakan Saidina Ali lebih layak menjadi khalifah dari Saidina Abu Bakar,Saidina Umar dan Saidina Usman.
Ali dilantik oleh Allah meggantikan Nabi saw sebagai imam dan AbuBakar, Umar, Usman adalah perampas hak Ali. Ini bermakna 3 khalifah trsebut tidak beriman kepada perlantikan oleh Allah dan membawa kepada kekufuran mereka.

11.Seorang syiah tidak boleh diberi nama atau dipanggil dengan nama Abu Bakar, Umar, Usman, Muawiyah dan Aisyah.

12.Beiktiqad Imam-imam 12 mereka adalah maksum (bebas dari dosa-doa kecil dan besar). Bahkan ada dikalangan ulama-ulama mereka mengatakan bahawa kedudukan imam-imam 12 adalah setara bahkan ada yang kata lebih tinggi dari kedudukan Para Nabi-Nabi dan Malaikat-Malaikat yang paling hampir dengan Allah.

13.Mengaku sebagai pengikut ahli bait (ahli rumah) Nabi SAW.

14.Rukun Islam yang pertama bagi ahli sunnah adalah mengucap 2 kalimah syahadah tapi rukun Islam pertama bagi syiah adalah walayah (imam 12). Oleh itu disisi mereka jika ada yang tidak percaya dengan salah seorang dari imam-imam 12 maka jatuh kafir.

15.Kain kafan mayat mereka bertulis.

16.Membaca talqin dengan menyebut imam-imam 12.

17.Meletakkan gambar-gambar imam-imam 12 mereka di dalam rumah. Biasanya mereka letak di dalam bilik.

18.Suami halal meliwat isteri.

19.Harus taqiah (boleh menipu \ berpura-pura) untuk menarik ahli sunnah masuk syiah.

20.Mereka tidak ada solat tarawih. Jika ada Orang syiah yang berteraweh itu bermakna mereka bertaqiah.

21.Mereka lebih banyak menyebut nama-nama imam-imam mereka dari menyebut kalimah Allah terutama ketika mereka ditimpa musibah.

22.Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura tetapi mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.
Bahkan ada di kalangan mreka yang menganggap haram puasa kerana seolah-olah bersyukur ke atas kesyahidan Sayyidina Husain.

23.Setiap kali menyambut hari peringatan seperti peringatan terbunuhnya Saidina Ali bin Abi Tolib dan peringatan terbunuhnya Husein bin Ali, pengikut syiah akan melakukan upacara-upacara yang menunjukkan kesedihan mereka terhadap musibah-musibah yang menimpa ahlul bait. Dalam merayakan ritual ini cara mereka berbeza-beza mengikut tempat. Di negara teluk mereka memukul badan mereka dengan tangan kosong.Tetapi di Pakistan dan Lebanon mereka mencederakan badan mereka sendiri dengan pedang dan belati untuk menumpahkan dan melukai anggota badan. Ditempat lain ada yang memukul badan dengan rantai.

[Disemak oleh: Ustaz Ahmad Nasim, Abu Naaielah. 


sumber:facebook ustaz Zahazan Mohamed










Monday 17 June 2013

6 Perkara Lelaki Inginkan dari Wanita. Betul ke?

Lelaki ingin wanita yang boleh berikan rasa cinta pada mereka

Lelaki sebenarnya ingin mencintai wanita yang mencintai dirinnya berbanding mencintai wanita yang tidak mencintai dirinya. Jika anda berjumpa lelaki yang anda suka, anda berikan dia rasa cinta, nescaya peluang anda untuk miliki cintanya adalah lebih luas.


 Lelaki ingin cari wanita yang menarik

Definisi wanita yang menarik adalah berbeza bagi setiap lelaki. Namun, mereka sentiasa mencari wanita yang menarik di mata mereka untuk di jadikan pasangan.

Lelaki ingin cari wanita yang cantik di mata mereka

Lelaki sentiasa mahukan wanita cantik dalam hidup mereka. Namun, cantik juga adalah perkara yang subjektif dan berbeza pendapatnya bagi setiap lelaki. Jika ada lelaki memilih anda jadi temannya, percayalah anda adalah wanita tercantik di mata dia.

Lelaki ingin cari wanita yang setia

Lelaki sentiasa berimpikan memiliki seorang wanita yang setia. Bagi mereka, wanita setia adalah aset paling berharga kerana wanita itu akan berada di samping mereka ketika susah dan senang.

Lelaki ingin cari wanita yang yakin pada dirinya

Lelaki akan memilih wanita yang paling percaya pada dirinya. Bagi seorang lelaki, kepercayaan dan keyakinan dari wanita yang mencintainya adalah penting. Bagi mereka, wanita yang yakin pada diri mereka akan membuatkan mereka lebih semangat.

Lelaki suka wanita yang berfikiran terbuka

Sekarang adalah zaman moden dan berfikiran terbuka antara kriteria yang di cari oleh lelaki zaman sekarang. Bagi mereka, wanita yang berfikiran terbuka lebih senang untuk di jaga dan di belai

kopipes. 

Saturday 15 June 2013

Hadis Mutawatir dan Ahad

Assalamualaikum

Hadis terbahagi kpd dua: Mutawatir dan Ahad.

Hadis Mutawatir adalah hadis yang diriwayatkan oleh sepuluh orang atau lebih. Hadis ini tidak disoalkan kesahihannya.

Hadis Ahad pula terbahagi kpd tiga jenis:

1. Masyhur – diriwayatkan oleh tiga sampai sembilan orang.

Masyhur menurut bahasa adalah “nampak”. Sedangkan menurut istilah adalah hadis yang diriwayatkan oleh 3 perawi atau lebih pada setiap thabaqah (tingkatan) dan belum mencapai batas mutawatir.

Contohnya, sebuah hadis yang berbunyi (artinya) : “Sesungguhnya Allah tidak akan mengambil ilmu dengan melepaskan dari dada seorang hamba. Akan tetapi akan melepaskan ilmu dengan mengambil para ulama. Sehingga apabila sudah tidak terdapat seorang yang alim, maka orang yang bodoh akan dijadikan sebagai pemimpin, lalu memberikan fatwa tanpa didasari ilmu. Mereka sesat dan menyesatkan” (HR. Bukhari, Muslim, dan Tirmidzi).

Hadits masyhur ini juga disebut dengan nama Al-Mustafidh.

Hadis masyhur di luar istilah tersebut dapat dibagi menjadi beberapa macam yang meliputi : mempunyai satu sanad, mempunyai beberapa sanad, dan tidak ada sanad sama sekali; seperti :

  • Masyhur di antara para ahli hadis secara khusus, misalnya hadits Anas :“Bahwasannya Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam pernah melakukan qunut selama satu bulan setelah berdiri dari ruku’ berdoa untuk (kebinasaan) Ra’l dan Dzakwan” (HR. Bukhari dan Muslim)
  • Masyhur di kalangan ahli hadis dan ulama dan orang awam, misalnya : “Seorang muslim adalah orang yang kaum muslimin selamat dari lisan dan tangannya” (HR. Bukhari dan Muslim).
  • Masyhur di antara para ahli fiqh, misalnya :“Perbuatan halal yang paling dibenci oleh Allah adalah talaq” (HR. Al-Hakim; namun hadis ini adalah dla’if).
  • Masyhur di antara ulama ushul fiqh, misalnya : “Telah dibebaskan dari umatku kesalahan dan kelupaan…..” (HR. Al-hakim dan Ibnu Hibban).
  • Masyhur di kalangan masyarakat umum, misalnya : “tergesa-gesa adalah bagian dari perbuatan syaithan” (HR. Tirmidzi dengan sanad hasan. Lihat Nudhatun-Nadhar halaman 26 dan Tadribur-Rawi halaman 533).

Buku-buku yang berisi tentang kumpulan hadis masyhur, antara lain :

  • Al-Maqaashidul-Hasanah fiimaa Isytahara ‘alal-Alsinah, karya Al-Hafidh As-Sakhawi.
  • Kasyful-Khafa’ wa Muzilul-Ilbas fiimaa Isytahara minal-Hadiis ‘alal Asinatin-Naas, karya Al-Ajluni.
  • Tamyizuth-Thayyibi minal-Khabitsi fiimaa Yaduru ‘alaa Alsinatin-Naas minal-Hadis, karya Ibnu Daiba’ Asy-Syaibani.
2. Aziz – diriwayatkan oleh dua orang.

‘Aziz artinya : yang sedikit, yang gagah, atau yang kuat.

‘Aziiz menurut istilah ilmu hadis adalah : Suatu hadis yang diriwayatkan dengan minimal dua sanad yang berlainan rawinya.

Contohnya : Nabi shallallaahu bersabda :“Tidaklah beriman salah seorang di antara kamu hingga aku (Nabi) lebih dicintainya daripada bapaknya, anaknya, serta serta seluruh manusia”(HR. Bukhari dan Muslim; dengan sanad yang tidak sama).

Keterangan : Hadis tersebut diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari jalan Anas. Dan diriwayatkan pula oleh Bukhari dari jalan Abu Hurairah radliyallaahu ‘anhuma.

Susunan sanad dari dua jalan tersebut adalah :  Yang meriwayatkan dari Anas = Qatadah dan Abdul-‘Aziz bin Shuhaib. Yang meriwayatkan dari Qatadah adalah Syu’bah dan Sa’id. Yang meriwayatkan dari Abdul-‘Aziz adalah Isma’il bin ‘Illiyah dan Abdul-Warits.

3. Gharib – diriwayatkan oleh seorang. 

Contohnya hadis ‘setiap sesuatu dimulakan dengan niat’ hanya diriwayatkan oleh Umar sahaja.

Gharib secara bahasa berarti yang jauh dari kerabatnya. Sedangkan hadis gharib secara istilah adalah hadis yang hanya diriwayatkan oleh seorang perawi secara sendiri.

Dan tidak dipersyaratkan periwayatan seorang perawi itu terdapat dalam setiap tingkatan (thabaqah) periwayatannya, akan tetapi cukup terdapat pada satu tingkatan atau lebih.  Dan bila dalam tingkatan yang lain jumlahnya lebih dari satu, maka itu tidak mengubah statusnya (sebagai hadits gharib).

Sebagian ulama’ lain menyebut hadits ini sebagaiAl-Fard.

Pembagian Hadis Gharib 

Gharib Muthlaq, disebut juga : Al-Fardul-Muthlaq; yaitu bilamana kesendirian (gharabah periwayatan terdapat pada asal sanad (shahabat). Misalnya hadis Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam : “Bahwa setiap perbuatan itu bergantung pada niatnya”(HR. Bukhari dan Muslim).
Hadis ini diriwayatkan sendiri oleh Umar bin Al-Khaththab, lalu darinya hadits ini diriwayatkan oleh Alqamah. Muhammad bin Ibrahim lalu meriwayatkannya dari Alqamah. Kemudian Yahya bin Sa’id meriwayatkan dari Muhammad bin Ibrahim. Kemudian setelah itu, ia diriwayatkan oleh banyak perawi melalui Yahya bin Sa’id.  Dalam gharib muthlaq ini yang menjadi pegangan adalah apabila seorang shahabat hanya sendiri meriwayatkan sebuah hadis.

Gharib Nisbi, disebut juga : AL-Fardun-Nisbi; yaitu apabila keghariban terjadi pada pertengahan sanadnya, bukan pada asal sanadnya. Maksudnya satu hadits yang diriwayatkan oleh lebih dari satu orang perawi pada asal sanadnya, kemudian dari semua perawi itu hadis ini diriwayatkan oleh satu orang perawi saja yang mengambil dari para perawi tersebut. Misalnya : Hadits Malik, dari Az-Zuhri (Ibnu Syihab), dari Anas radliyallaahu ‘anhu :“Bahwa Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam mesuk kota Makkah dengan mengenakan penutup kepala di atas kepalanya”” (HR. Bukhari dan Muslim).  Hadits ini hanya diriwayatkan oleh Malik dari Az-Zuhri. Dinamakan dengan gharib nisbi karena kesendirian periwayatan hanya terjadi pada perawi tertentu.

Manhaj Imam Syafie tidak membezakan antara hadis Ahad dan mutawatir. Jikalau ianya sahih, ia boleh diterima pakai untuk perkara akidah dan syariat.
Tapi orang mutakallimin kata hadis yang boleh diterima untuk perkara akidah hanyalah hadis mutawatir. Ini seperti pendapat abul A’la al Maududi.
Kalau begitu, banyaklah hadis tidak dpt diterima. Seperti hadis innamal a’maalu binniyat itu hanya diriwayatkan oleh saidina Umar sahaja.

Kalau dibandingkan pula dengan Syiah, mereka hanya menerima hadis yang diriwayatkan oleh ahlul bayt sahaja. Selain itu tidak diterima kecuali Salman al Farisi atau Zubair al Awwam sahaja. Itu lagi teruk.

Ada yang mengatakan bahawa boleh dipakai hadis dhaif untuk fadhail ammal. Yang kata begitu adalah Imam Syafie sahaja. Tapi dia beri syarat. Dengan syarat ianya tidak dhaif sangat atau dalam bahasa arabnya, dhaoifun jidda. Seperti doa buka puasa yang masyarakat kita selalu amalkan itu adalah dhaoifun jidda jidda. Maknanya berganda sifat dhaifnya. Begitulah masyarakat kita, sebab tak tahu, maka mereka tidak faham seluruhnya syarat yang diberikan oleh Imam kita itu padahal dia jujur dengan ilmunya. Dan dia juga ada berkata, kalau nak amalkan pun, tidak boleh beriktikad bahawa ia akan mendatangkan pahala. Boleh buat sahaja. Imam Hambali kata, kalau tak dapat pahala, kenapa nak kena buat? Imam Syafie kata betullah. Maknanya, tak payah buat.

Ada kita tidak faham duduk sesuatu hadis itu. Sebagai contoh, pakai serban memang Sunnah sebab Nabi pakai. Tapi tidak ada pahala tambahan kalau solat berserban. Sebab hadis yang mengatakan pakai bila pakai serban dalam solat, dapat 70 kali ganda pahala itu adalah palsu. Begitu juga dengan amalan cukur jambul. Yang ada hanyalah cukur kepala, bukan cukur jambul. Begitu juga dengan hadis mengatakan awal Ramadhan adalah begini, pertengahan ramadhan begitu, itu adalah juga hadis dhaif. Tambahan lagi adalah fadhilat solat terawih malam ini dapat itu dan ini, malam esok lain pula, itu hadis yang tiada asalnya. Cuma kita tahu bahawa ada fadhilat yang kita akan dapat, sebab nabi ada kata begitu. Cuma kita tak tahu apakah fadhilatnya.

Tapi kalau amalan itu telah masyhur diamalkan oleh solafussoleh, maka boleh diikut. Seperti amalan iqamah bayi baru lahir ditemuinya kiri adalah dari hadis dhaif. Tapi para tabien amalkan. Maka kita boleh amalkan.

Nabi kata kalau kita menipu atas nama Nabi, maka dia persiapkan tempatnya di neraka. Kecuali kalau sambil dia kata itu, dia cakap juga yang hadis itu adalah dhaif, maka kita terselamat. 

Hadis

Assalamualaikum. 

    Dalam menentukan martabat hadis haruslah ditinjau dari sudut perawinya, ianya terbahagi kepada 3 bahagian:

    1.HADIS SAHIH
    2.HADIS HASSAN
    3.HADIS DHOIF

    1. HADIS SAHIH
    Maksud = hadis yang diriwayatkn oleh perawi-perawi yang adil & dhabit iaitu tepat & kuat ingatan. Sanadnya pula bersambung-sambung serta tidak cacat & tidak Syaz ( janggal ) yang bermula dari awal hingga akhirnya.

    SYARAT HADIS SAHIH

    1. Perawinya bersifat adil. Maksud adil di sini ialah seseorang soleh & bertaqwa iaitu mempunyai ciri berikut:

    •mengerjakan suruhan & taat kepada ALLAH
    •tidak melakukan dosa-dosa besar
    •menjauhi perkara-perkara yang boleh menjatuhkan iman
    •tidak mengikut mana-mana hadis yang bertentangan dengan syarak
    •menjaga maruah, baik dari segi syarak mahupun adat

    konteks lain bersifat adil juga termasuk ia tidak difitnah atau tidak dituduh dengan lima perkara :
    •berdusta, fasiq, jahil dan bid’ah
    •bergaul dengan sahabat-sahabat yang tidak bermaruah
    •keterlaluan dalam bergurau senda
    •membuang air kecil di jalan-jalan
    •makan di jalanan.

    2. Dhabit atau penjagaannya baik.
    Maksunya perawi yang kuat daya ingatan, cerdik dan faham sama ada berbentuk hafalan atau tulisan. Perawi itu dapat menjaga tulisan-tulisannya daripada sebarang penambahan, pengurangan atau perubahan dengan sebab terlupa atau cuai.

    3. Hadis diterima daripada perawi-perawi yang sama sifatnya. Jika ada di antara perawi yang tiada sifat-sifat yang boleh diterima, maka hadisnya ditolak.

    4. Sanadnya bersambung dari awal hingga akhir.
    Iaitu tidak terputus-putus pada mana-mana tabaqat @ peringkat hingga sampai kepada Rasulullah s.a.w. Menurut pendapat Imam al-Bukhari, seseorang yang hendak meriwayatkan hadis daripada Rasulullah s.a.w mestilah pernah hidup sezaman dengan Baginda dan berjumpa dengan Baginda walaupun sekali.

    5. Tidak terdapat kejanggalan @ syaz.
    Menurut Imam al Shafie, hadis syaz ialah hadis diriwayatkan oleh seorang perawi yang thiqah, tetapi menyalahi riwayat ramai. Maksudnya, hadis tersebut berbeza dengan hadis-hadis lain yang lebih kuat daripadanya.

    6. Tidak terdapat sebarang kecacatan yang merosakkan.

     HADIS SAHIH BOLEH DIBAHAGIKAN KEPADA 2 JENIS:

    1.SAHIH LIZATIHI

    Sahih Lizatihi, iaitu hadis yang sahih dengan sendirinya tanpa diperkuat dengan keterangan lain. Contoh, "Tangan di atas {memberi} lebih baik dari tangan di bawah {menerima}." (H.R Bukhari dan Muslim).

    2.SAHIH LIGHAIRIHI

    Sahih Lighairihi, yakni hadis yang sahihnya kerana diperkuat dengan keterangan lain. Contohnya, "Kalau sekiranya tidak terlalu menyusahkan umatku untuk mengerjakannya, maka aku perintahkan mereka bersugi {siwak} setiap akan solat. " (H.R Hasan).Dilihat dari sanadnya, semata-mata hadis Hasan Lizatihi, namun kerana dikuatkan oleh riwayat Bukhari, maka jadilah ia sahih Lighairihi.

    HUKUM BERAMAL DENGAN HADIS SAHIH
    hukumnya adalah wajib.

     2. HADIS HASAN

    Maksud = Hadis Hasan ialah hadis yang bersambung sanadnya dari awal hingga akhir, perawinya juga bersifat adil dan tidak terdapat cacat serta tidak syaz, cuma ia kurang kuat sifat dhabitnya.
    Hadis Hasan juga mempunyai syarat-syarat yang cukup untuk sampai ke darjat SAHIH.

    SYARAT HADIS HASAN

    •perawinya bersifat adil
    •perawinya bersifat dhabit
    •sanadnya bersambung dari awal hingga akhir riwayat
    •tidak berlaku sebarang syaz atau kejanggalan
    •tidak ada sebarang ‘illah padanya iaitu tidak cacat.

    KEDUDUKAN HADIS HASAN

    •Menurut pendapat majoriti ulama dan ahli hadis, mereka bersepakat mengatakan wajib beramal dengan Hadis Hasan. Antara lain juga berhujah dengan Hadis Hasan Lizath dan Hasan Lighairih sama dengan Hadis Sohih.

    •Menurut pendapat majoriti ahli hadis seperti : Ibn Hibban, al-Hakim, Ibn Khazimah, kedudukan Hadis Hasan  adalah setaraf dengan Hadis Sahih. Walau bagaimanapun, mereka ini juga tetap meletakkan darjat HADIS SAHIH lebih tinggi dan mestilah DI UTAMAKAN terlebih dahulu apabila berlqaku pertentangan di antara keduanya.

    PEMBAHAGIAN HADIS HASAN
    1.HASAN LIZATIHI

    Hasan Lizatihi, iaitu hadis yang dengan sendirinya dikatakan Hasan, Hadis ini ada yang sampai tingkat sahih lighairihi.

    2.HASAN LIGHAIRIHI

    Hasan Lighairihi, yakni hadis yang Hasannya dibantu keterangan lain. Contohnya, "Sembelihan bagi bayi haiwan yang ada dalam perut ibunya {janin} cukuplah dengan sembelihan ibunya saja." (H.R beberapa Imam, antara lain Tirmizi, Hakim dan Darimi).

    Hadis di atas jika kita ambil dari sanad Imam Darimi, ialah Darimi menerima dari
    1. Ishak bin Ibrahim, dari
    2. Itab bin Basir, dari
    3. Ubaidillah bin Abu Ziyad, dari
    4. Abu Zubair, dari
    5. Jabir,dari Nabi Muhammad s.a.w.

    Nama yang tercela dalam sanad di atas ialah nombor 3 (Ubaidillah bin Abu Ziyad) sebab ia bukan seorang yang kuat dan teguh menurut Abu Yatim.

    3. HADIS DHOIF

    Maksud = hadis yang tidak mencukupi syarat-syarat untuk menjadi SAHIH atau HASAN.
    Iaitu sesebuah hadis yang tidak memenuhi syarat untuk diterima atau tidak mencapai taraf hadis SAHIH dan HASAN.

    SEBAB HADIS DHOIF LEMAH DARI SUDUT HUJAH.

    •TIDAK CUKUP SYARAT-SYARAT SAHIH
    •TERDAPAT KECACATAN ATAU ‘ILLAT
    •PERIWAYATANNYA KURANG DHABIT
    •SANADNYA TIDAK BERSAMBUNG
    •TERDAPAT KEJANGGALAN ATAU SYAZ

    Contohnya, "Barangsiapa yang berkata kepada orang miskin, 'bergembiralah', maka wajib baginya surga." (H.R. Ibnu 'Adi). Di antara perawi hadis tersebut ialah Abdu Mali bin Harun. Menurut Imam Yahya, ia pendusta, sedangkan Ibnu Hiban mengatakannya sebagai pemalsu hadis.

    "..Dalam madzhab Syafi’I Hadits dha’if tidak dipakai untuk dalil bagi penegak hukum, tetapi dipakai untuk dalil bagi “ fadhailul a’mal”. Fadhailul A’mal maksudnya ialah amal ibadat yang sunat-sunat, yang tidak bersangkut dengan orang lain, seperti zikir, doa, tasbih, wirid dan lain- lain.Hadits Mursal tidak dipakai juga bagi penegak hukum dalam madzhab Syafi’e kerana Hadits Mursal juga Hadits dha’if. Tetapi dikecualikan mursalnya seorang Thabi’in bernama Said Ibnul Musayyab.

    Dalam madzhab Hambali lebih longgar. Hadits dha’if bukan saja dipakai dalam Fadhailul A’mal, tetapi juga bagi penegak hukum, dengan syarat dha’ifnya itu tidak keterlaluan.

    Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad memakai Hadits yang dha’if kerana Mursal, baik untuk Fadhailul A’mal mahupun bagi penegak hukum.

    Imam-imam Mujtahid memakai Hadits-hadits dha’if untuk dalil kerana Hadits itu bukanlah Hadits yang dibuat-buat, tetapi hanya lemah saja sifatnya. Kerana itu tidaklah tepat kalau amal-amal ibadat yang berdasarkan kepada Hadits dha’if dikatakan bid’ah, apalagi kalau dikatakan bid’ah dhalalah..."

    PEMBAHAGIAN HADIS DAIF

    1.HADIS DAIF PADA SANAD
    –terbahagi kepada 2 ::

    * sanad tidak bersambung
    * kecacatan perawi, sama ada kelayakan atau dhabit.

    2.HADIS DHOIF PADA MATAN
    -hadis mauquf
    -hadis maqtu’


    SYARAT BERAMAL DENGAN HADIS DAIF

    •daif yang ada pada hadis itu adalah tidak keterlaluan
    •maksud yang terkandung didalam Hadis daif tidak bercanggah dengan kaedah umum agama Islam.
    •Hendaklah berhati-hati ataupun Ihtiyat dari sudut pegangan ketika beramal dengannya. Hal itu supaya kita tidak tersalah menyandarkan hadis tersebut kepada Rasulullah, sedangkan hakikatnya ia bukan hadis atau bukan perkataan nabi.
    • Hadis daif tidak boleh dijadikan hukum syarak, tetapi boleh beramal untuk perkara-perkara KECIL sahaja. TIDAK boleh digunakan sebagai DALIL dalam perkara-perkara HUKUM.. lebih-lebih lagi AQIDAH.

     JENIS-JENIS HADIS

    A.HADIS MUTAWATIR
    -mutawatir lafzi
    -mutawatir amali
    -mutawatir maknawi

    B.HADIS AHAD
    Terdapat 47 jenis.. antaranya..
    1. hadis masyhur
    2. hadis sahih
    3. hadis hasan
    4. hadis aziz
    5. hadis gharib
    6. hadis dah’if
    7. hadis maudu’
    8. hadis mutabi’
    9. hadis syahid
    10. hadis marfu’

    Bersambung...

    Thursday 13 June 2013

    Masuk Syurga Tanpa Hisab

    (١) عن عائشة رضى الله عنها عن النبي  صلى الله عليه وسلَّم قال: لَيْسَ أحَدً يُحَاسَبُ يَوْم القِيَامَةِ إلا هَلَكَ ، فقلتُ يا رَسُوْلُ الله أليْسَ قَدْ قَالَ تعلى: فأمَّا أُوْتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِيْنِهِ فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيْرًا ، فَقَالَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم: إِنَّمَا ذ ٰلِكَ الْعَرضُ ، وَلَيْسَ أحَدٌ يُنَاقَشُ الْحِسَابُ يَوْمَ القِيَامَةِ إِلاَّ عُذِّبَ
     
    (٢) عن ابن عباس رضى الله عنهما قال قال النبي صلى الله عليه وسلَّم: عُرِضَتْ عَلَيَّ الأُمَمُ ، فَأَجِدُ النَّبِيَّ يمُرُّ مَعَهُ الأُمَّةُ ، وَ النَّبِيُّ يمُرُّ مَعَهُ النَّفَر ، وَ النَّبِيُّ يمُرُّ مَعَهُ العَشَرُ، وَ النَّبِيُّ يمُرُّ مَعَهُ الخَمْسَةُ ، و النَّبِيُّ يمُرُّ وَحْدَهُ ، فَنَظَرْتُ فَإِذَا سَوَادٌ كَثِيْرٌ ، قُلْتُ يَا جِبْرِيْلَ هٰؤلاَءِ أُمَّتِي؟ قَالَ: لاَ وَلٰكِنَّ انْظُر إلَى اْلأُفُقِ ، فَنَظَرْتُ فَإِذَا سَوَادٌ كَثِيْرٌ ، قَالَ هٰؤُلاَءِ أُمَّتِكَ ، وَهٰؤُلاَءِ سَبْعُوْنَ أَلْفاً قُدَّامُهُمْ ، لاَ حِسَابَ عَلَيْهِمْ وَلاَ عَذَابَ ، قُلْتُ وَلِمَ؟ قَالَ: كَانُوا لاَ يَكْتَوُوْنَ ، وَلاَ يَسْتَرْقُوْنَ ، وَلاَ يَتَطَيَّرُوْنَ ، وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُوُنَ. فَقَامَ إِلَيْه عُكَاشَة بْنُ مُحْصِنٌ ، فَقَالَ: اُدْعُ اللهَ أَنْ يَجْعَلَنِي مِنْهُمْ ، قَالَ: اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ مِنْهُمْ ، ثُمَّ قَامَ إِلَيْهِ رَجُلٌ آخَرٌ قَالَ: اُدْعُ الله أَنْ يَجْعَلَنِي مِنْهُمْ. قَالَ ((سَبَقَكَ بِهَا عُكَاشَةُ))
     
     
    Terjemahan:
     
    1.         Daripada Aisyah (ra), daripada Nabi (sallallahu alaihi wasalam) sabdanya: “Tidak seorangpun yang dihisab (diperiksa) pada hari kiamat melainkan dia akan binasa”. Lalu aku bertanya: Ya Rasulullah, bukanlah Allah SWT berfirman: Adapun orang yang diberikan kitabnya dari sebelah kanannya, maka dia akan diperiksa dengan pemeriksaan yang mudah? (Al-Insyiqaq :7-8) Maka Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) menjawab: “Sesungguhnya itu hanya “pamer” (tunjuk) saja dan tidak seorangpun yang diperdebat (nuuqisya) hisabnya pada hari kiamat nanti melainkan dia akan disiksa”.
     
    [HR Bukhari]
     
     
    2.         Daripada Ibnu Abbas (ra) katanya, telah bersabda Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): Telah digambarkan kepadaku keadaan umat; Aku dapati Nabi bersama umatnya, ada Nabi bersamanya beberapa orang (nafar), ada Nabi bersamanya 10 orang, ada Nabi bersamanya 5 orang, ada Nabi hanya seorang diri; Kemudian aku melihat kelompok yang ramai; Aku bertanya: Ya Jibriladakah mereka itu umatku? Jawabnya: Bukan, tetapi lihatlah ke arah ufuq (kaki langit). Aku pun melihat manusia yang ramai; (Jibril) berkata: Mereka adalah umatmu, mereka semuanya 70,000 orang yang paling utama, mereka tidak akan dihisab dan tidak akan disiksa. Lalu aku pun bertanya: Mengapa (demikan)? Dia menjawab: Mereka tidak menggunakan kay, mereka tidak minta dijampi, mereka tidak terlibat dengan thayarah, dan mereka bertawakkal hanya kepada Tuhan mereka. (mendengar kisah tersebut) maka berdirilah ‘Ukaasyah Bin Muhshin, katanya: (Ya Rasulullah) tolong do’akan kepada Allah agar Dia memasukkan aku ke dalam salah seorang daripada mereka, Nabipun berdo’a: Ya Allah, masukkanlah dia ke dalam kelompok mereka. Kemudian berdiri pula lelaki yang lain sambil berkata: Tolong do’akan pula agar aku termasuk ke dalam golongan mereka. Nabi (sallallahu alaihi wasalam) pun menjawab: ‘Ukasyah telah mendahului kamu dalam hal ini.[HR Bukhari]
      
    Manusia Pada Hari Berhisab:
     
    Berdasarkan hadis di atas dapatlah disimpulkan bahwa manusia akan terbagi kepada tiga golongan pada hari berhisabnanti, iaitu:
     
    1.      Golongan yang dihisab
    2.      Golongan yang dihisab dengan mudah.
    3.      Golongan yang tidak dihisab.
     
    Golongan Yang Dihisab:
     
    Golongan ini akan diperbincangkan atau diperdebatkan (nuuqisya) ketika amalannya dikira (dihisab). Golongan inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam): Siapa yang diperdebatkan niscaya ia disiksa. Menurut Ibnu Hajar: Makna asal An-Naqsyu () ialah mengeluarkan duri. Maksudnya di sini: Perbincangan yang mendalam dan menyeluruh ketika dihisab, dari perkara besar sampai perkara sekecil-kecilnya, dan ketika itu tidak ada tolak ansor (tarkul musaamah).
     
    Amalan golongan ini akan dikira walaupun sebesar zarrah (atom). Adapun yang dimaksudkan dengan siksaan itu, menurut Al-Qadhi ‘Iyadh ada dua makna iaitu:
     
    1. Perdebatan ketika berhisab itu sendiri. Pendedahan dosa masa silam di khayalak ramai dan penghinaan. Suasana ini adalah suatu siksaan.
     
    1. Lanjutan dari pemeriksaan tersebut melayakkan diri mereka dimasukkan ke dalam golongan yang berhak mendapat siksaan. 
     
    Golongan Yang Dihisab Dengan Mudah:
     
    Rasulullah (sallallahu alaihi wasalam) telah menjelaskan bahwa yang dimaksudkan dengan “dihisab dengan mudah” ialah hanya pamer atau tunjuk saja. Mereka tidak diperiksa dengan terperinci. Ini berbeda dengan golongan yang pertama. Golongan ini adalah golongan yang menerima kitab catetan amalan mereka dari sebelah kanan.
     
    Golongan Yang Tidak Dihisab:
     
    Golongan inilah makhluk Allah yang paling mulia. Derjat mereka sangat istimewa pada hari kiamat. Nasib mereka tidak sebagaimana golongan pertama dan kedua. Mereka masuk syurga tanpa hisab. Semua manusia menginginkan agar termasuk ke dalam kelompok ini sebagaimana harapan Saidina ‘Ukaasyah (ra) makbul setelah mendapat do’a Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasalam).
     
    Hanya saja sebahagian manusia telah digoda oleh syaitan sehingga mereka putus asa (tidak ada harapan) akan dapat masuk kelompok istimewa tersebut. Lebih-lebih lagi setelah menyadari jumlah kelompok itu sangat terbatas iaitu hanya 70,000 orang dari umat Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasalam). Sudah tentu yang paling layak mencapai derjat itu Para Sahabat, Tabi’iin dan Tabi’ Taabi’iin.
     
    Tetapi pada hakekatnya tidaklah demikian. Nabi (sallallahu alaihi wasalam) tidak pernah membatasi mereka dari zaman tertentu dan tidak pula menetapkan orang-orang tertentu kecuali hanya satu orang dari umatnya iaitu ‘Ukaasyah Bin Muhshin. Malahan ketika menyusul sahabatnya yang lain setelah ‘Ukaasyah, Nabi (sallallahu alaihi wasalam) hanya menjawab: “ ‘Ukasyah telah mendahului kamu dalam hal ini”. Kalau Nabi (sallallahu alaihi wasalam) tidak menjawab demikian sudah tentu semua yang mendengar berita gembira itu akan menemui baginda agar mendapat derjat sebagaimana ‘Ukaasyah. Jadi Nabi (sallallahu alaihi wasalam) biarkan peluang ini terbuka bagi umatnya yang lain sampaii Hari Kiamat.
      
    Bilangan Mereka:
     
    Selain jumlah mereka 70,000 menurut riwayat Bukhari, ada pula riwayat lain yang menyatakan bahwa jumlah mereka sebenarnya ialah 4.900 juta (riwayat Ahmad dari Tsauban).
     
     
    Sifat-sifat mereka:
     
    Ibnu Hajar berkata: Berdasarkan kebanyakan riwayat maka sifat utama mereka yang disepakati ada empat, iaitu:
     
    1.      Mereka tidak menggunakan kay
     
    Kay ialah besi yang dipanaskan hingga membara kemudian diletakkan pada bahagian badan yang sakit. Pengobatan cara begini diamalkan di kalangan orang Arab zaman silam. Ini tidak bermakna bahwa di antara sifat golongan yang akan masuk syurga tanpa hisab di atas mestilah meninggalkan pengobatan jika sakit. Malahan sungguh banyak galakkan dari Nabi (sallallahu alaihi wasalam) agar kita berobat jika sakit.
     
    Menurut Imam An-Nawawy: Kalaulah demikian adanya, maka maksud hadis di atas mestilah kita alihkan kepada kaum yang meyakini bahwa obat yang menyembuhkan mereka, mereka tidak menyerahkan atau menyandarkan kesembuhan itu kepada Allah. (Lihat Syarah Muslim oleh An-Nawawy III/9).
     
    Keyakinan seperti ini sungguh banyak pada akhir zaman ini. Banyak manusia yang menyandarkan pesembuhan penyakit merreka kepada doktor atau kepada obat. Mereka lupa menyandarkannya kepada Dzat Yang Maha Menyembuhkan yakni Allah SWT.
     
    2.      Mereka tidak minta dijampi
     
    Mereka tidak dijampi jika ditimpa sakit. Tetapi mereka menjampi orang lain. Ini sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Nabi (sallallahu alaihi wasalam) dan para sahabat.
     
    Menurut Imam Al-Qurthuby: Larangan minta jampi itu terbatas pada jampi tertentu saja iaitu jampi yang mengandungi unsur-unsur syirik karena Nabi (sallallahu alaihi wasalam) pernah berkata kepada keluarga ‘Amr Bin Hazm: Perdengarkanlah kepadaku jampi-jampi kamu itu, dan tidaklah mengapa jampi yang tidak ada syirik di dalamnya. [HR Muslim]
     
    Jadi tidaklah mengapa jika jampi itu terdiri dari ayat Al-Quran atau doa yang warid (datang) dari Nabi (sallallahu alaihi wasalam) atau jampi dengan bahasa lain yang kita dapat fahami maknanya dan tidak mengandungi syirik di dalamnya.
     
    3.      Mereka tidak terlibat dengan thayarah:
     
    Thayarah artinya pessimis atau meyakini sesuatu boleh membawa musibah ke atasnya. Thayarah diambil dari kata Thair ( ) = burung. Orang Arab Jahiliyyah jika akan melakukan sesuatu pekerjaan seperti safar (perjalanan), maka mereka akan lepaskan burung terlebih dahulu. Jika burung itu terbang ke arah kanan maka mereka teruskan kerja tersebut, tetapi jika terbang ke arah kiri, maka mereka tangguhkan pekerjaan berkenaan karena khawatir musibah (nasib malang) akan menimpa mereka.
     
    Contoh Thayarah lain yang masih diyakini oleh sesetengah masyarakat kita antaranya: Angka 13, kenan, Rabu terakhir bulan shafar, bersin sebelum safar, terlanggar kucing, suara burung, nombor kereta/motor, sisik ikan, mimpi buruk, kawin bulan syawwal dan lain-lain.
     
    Imam Al-Manaawy menguraikan hadis Nabi (sallallahu alaihi wasalam): “Thayarah itu syirik” (Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad). Maksudnya: Thayarah termasuk salah satu cabang syirik terhadap Allah karena orang Arab meyakini apa yang mereka thayarahkan itu memberi kesan kepada musibah atau nasib malang yang menimpa mereka. Yang paling banyak menjadi bahan thayarah orang Arab Jahiliyyah ialah: Wanita, binatang tonggangan dan rumah. Ini sebagaimana tertera dalam hadis sahih riwayat Imam Bukhari.
     
    4.      Mereka hanya berserah diri kepada Allah:
     
    Tawakkal atau berserah diri kepada Allah tidak bermakna meninggalkan usaha. Berserah diri kepada Allah tanpa usaha adalah bercanggah dengan ajaran Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasalam) dan itu sikap orang yang jahil dan haram hukumnya menurut syara’.
     
    Gambaran tawakkal yang betul seperti sabda Nabi (sallallahu alaihi wasalam): Sekiranya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal niscaya Dia akan memberi kamu rezki sebagaimana Dia memberi rezki kepada burung yang meninggalkan sarangnya pada waktu pagi dengan perut kosong dan kembali pada waktu petang dengan perut penuh berisi [HR Ahmad, Tarmizi, An-Nass-i]
     
    Kesimpulan:
     
    1. Ada tiga golongan manusia ketika dibangkitkan di Padang Mahsyar
      • Golongan yang dihisab
      • Golongan yang dihisab dengan mudah
      • Golongan Yang Tidak Dihisab
     
    1. Empat syarat utama bagi umat Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasalam) supaya dapat masuk syurga tanpa hisab, iaitu: Tidak menggunakan Kay, tidak minta dijampi, tidak terlibat dengan Thayarah dan bertawakkal hanya kepada Allah.
     
    1. Semua umat Nabi Muhammad (sallallahu alaihi wasalam) berpeluang untuk mencapai derjat di atas. Yang penting murnikan Akidah (Tauhid) dan hindarkan fahaman syirik dan khurafat. Perkemaskan sifat tawakkal kepada Allah. Jangan terlalu menyandarkan sesuatu kepada sebab karena yang dapat memberi kesan hanya Allah SWT.

    Monday 6 May 2013

    Fakta Menarik Di Sebalik Pilihanraya Umum 13

    Pilihanraya Umum ke 13 telah pun melabuhkan tirainya semalam. Pada hari ini jelas kelihatan wajah-wajah penyokong ada yang bermuram dan ada juga yang bergembira. Keputusan kali ini banyak memberikan kejutan terutama kerusi-kerusi panas yang dipertandingkan. Antara yang menjadi bualan adalah kerusi yang dianggap menang mudah, turut tewas di tangan parti lain. Kali ini KisahBest.My ingin kongsikan bersama anda tentang beberapa fakta menarik disebalik pilihanraya umum 13 ini.

    Keputusan akhirnya BN – 133, Pakatan Rakyat, yang dianggotai DAP, PKR dan Pas, pula mengumpulkan 89 kerusi Parlimen – menambah tujuh kerusi berbanding lima tahun lalu.

    Berikut ialah pemerhatian terhadap keputusan akhir tersebut:

    1) Pakatan kehilangan Kedah. Ketiga-tiga negeri PR yang lain – Selangor, Penang and Kelantan – kesemuanya menang dengan majoriti lebih 2/3:

    Selangor – Pakatan 44, BN 12
    Penang – Pakatan 30, BN 10
    Kelantan – Pakatan 33, BN 12

    2) MCA hanya tinggal 6 kerusi parlimen (berbanding 15 pada 2008), sementara Gerakan hanya tinggal satu (berbanding 2 ). Kerusi tunggal Gerakan ialah Simpang Renggam di Johor, yang dipertahankan oleh Liang Teck Meng.

    3) DAP menambahkan 10 kerusi parlimen, sementara PKR dan PAS masing-masing kehilangan satu kerusi berbanding keputusan 2008.

    DAP – 38
    PKR – 30
    PAS – 21

    4) Terdapat 7 kerusi tambahan yang dimenangi oleh Pakatan dari Sabah (2 kerusi) dan Sarawak (5 kerusi).

    5) Pengiraan awal menunjukkan secara keseluruhan Pakatan Rakyat telah menang dari sudut menerima lebih banyak undi popular – 50% berbanding 49% (1% lain-lain).

    6) 4 orang menteri kabinet tewas. Mereka yang kalah ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Benard Giluk Dompok. Diantara timbalan menteri yang kalah ialah Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Puad Zarkashi dan Datuk Lee Chee Leong.

    7) Parti Progresif Penduduk (PPP) kalah di semua kerusi yang ditandinginya – satu kerusi parlimen dan empat kerusi parlimen – pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

    Selain tidak berupaya menyingkirkan calon DAP Dr Tan Seng Giaw bagi kerusi parlimen Kepong, parti komponen Barisan Nasional (BN) ini juga kalah di kerusi dewan undangan negeri Kota Laksamana (Melaka), Kota Alam Shah (Selangor), Pasir Bedamar (Perak) dan Guchil (Kelantan).

    8) BN tidak mempunyai 2/3 majoriti di negeri-negeri berikut

    Perak BN 31 PR 28
    Terengganu BN 17 PR 15
    Kedah BN 21 PR 15
    Negeri Sembilan 22 PR 14

    9) Kelima-lima pegawai Datuk Seri Najib Razak kalah di kerusi yang ditandingi mereka pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) kali ini. Mereka ialah dua pegawai khas beliau tewas kepada calon PAS di Kedah, Datuk Shahlan Ismail dan Datuk Latt Shariman Abdullah. Shahlan tewas dengan majoriti 3,935 kepada calon PAS Datuk Mahfuz Omar di kerusi Parlimen Pokok Sena, manakala Latt Shariman pula tewas kepada calon PAS Mohd Nasir Mustafa dengan majoriti 1,044 di kerusi dewan undangan negeri (DUN) Kubang Rotan. Setiausaha Politiknya di Kementerian Kewangan, Datuk Mohd Shafei Abdullah tewas kepada calon PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dengan majoriti yang lebih besar sebanyak 5,511 berbanding keputusan yang diperoleh pada tahun 2008. Dua lagi pegawai khas beliau yang tewas di kerusi Parlimen adalah Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh di Kota Baru dan Datuk Mohamed Suffian Awang di Kuantan.

    10) Bekas MB Johor, Abd Ghani Othman dan bekas KM Melaka, Mohd Ali Rustam tewas.

    11) PAS berjaya melahirkan anak sulongnya di Melaka melalui kemenangan Dr Khalid Kassim di Dun Bukit Baru.

    12) Rakyat tolak politik perkauman Najib & UMNO BN apabila calon dari PERKASA tewas. Veteran Ibrahim Ali tewas di tangan muka baru Nik Abduh Nik Aziz di Pasir Mas dan Zulkifli Nordin kalah teruk di tangan Khalid Samad di Shah Alam.

    13) Perak, Kedah, Perlis dan Terengganu tewas selepas kiraan semula dengan peningkatan jumlah kerusi kepada BN setelah kiraan awal PAKATAN menang di kerusi tersebut

    copypaste; http://kisahbest.my/2013/05/fakta-menarik-di-sebalik-pilihanraya-umum-13-menarik/