Monday 28 January 2013

Tidur Yg Tdk Membatalkan Wudhu'

Ass!amualaikum,

Menurut ulamak Mazhab Hanafi dan Syafie, tidur yang membatalkan wudhuk ialah
a) tidur yang tidak rapat papan punggung ke tempat duduk atau lantai, atau
b) tidur mengiring, atau
c) tidur bersandar, atau
d) tidur meniarap,

kerana tidur meniarap dan seumpamanya di atas, boleh menyebabkan longlai kesemua sendinya. Oleh yang demikian, jika tidur dalam keadaan rapat papan punggungnya ke tempat duduk spt tanah atau lantai atau belakang haiwan, maka wudhu' nya tidak terbatal.

Sementara tidur yang tidak membatalkan wudhuk ialah ;

1. Tidur dlm keadaan duduk yang tetap papan punggungnya.
2. Tidur dalam keadaan sujud.

عَنْ أَنَسٍ قَالَ كَانَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْتَظِرُونَ الْعِشَاءَ الْآخِرَةَ حَتَّى تَخْفِقَ رُءُوسُهُمْ ثُمَّ يُصَلُّونَ وَلَا يَتَوَضَّئُون

Dari Anas RA beliau berkata bahawa para sahabat Rasulullah SAW sedang menunggu solat Isya yang telah dilewatkan sehingga tersengguk-senguk kepala mereka (tertidur), kemudian mereka solat Isyak tanpa berwudhuk semula. Hadis riwayat Abu Daud dan al-Baihaqi

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّهُ رَأَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَامَ وَهُوَ سَاجِدٌ حَتَّى غَطَّ أَوْ نَفَخَ ثُمَّ قَامَ يُصَلِّي فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّكَ قَدْ نِمْتَ قَالَ إِنَّ الْوُضُوءَ لَا يَجِبُ إِلَّا عَلَى مَنْ نَامَ مُضْطَجِعًا فَإِنَّهُ إِذَا اضْطَجَعَ اسْتَرْخَتْ مَفَاصِلُهُ

Dari Ibnu Abbas RA bahawa beliau melihat Rasulullah SAW tidur dalam keadaan sujud sehingga berdengkur atau berkeruh, kemudian beliau lalu bangun dan solat. Lalu saya berkata : Ya Rasulullah SAW, engkau telah tidur. Jawab baginda, Sessungguhnya wudhuk itu tidak wajib (diperbaharui) kecuali orang yang tidur mengiring sahaja, kerana org yang tidur mengiring, maka segala sendinya menjadi longlai. Hadis riwayat at-Termizi

لا يجب الوضوء على من نام جالسا أو قائما أو ساجدا حتى يضع جنبه فانه إذا وضع جنبه استرخت مفاصله.

Tidak wajib (diperbaharui) wudhu' ke atas org yang tidur dlm keadaan duduk atau sujud sehinggalah dia mengiring, kerana org yang tidur mengiring, maka segala sendinya menjadi longlai. Hadis riwayat al-Baihaqi dlm Sunan Al-Kubra.



Hujah Orang Bodoh

Assalamualaikum,

Saya sgt tertarik dgn kata2 yang diluahkan dalam FB oleh Saudara Saiful Nang, pengasas SN CandidSyndrome;

"Cara orang bodoh berhujjah ialah dengan bercakap dengan yakin akan kebodohan mereka dan tidak berhenti-henti, juga mencari isu tepian bagi diketengahkan kerana isu tengah mereka telahpun kalah. Maka mereka mencari salah yang tiada kena mengena dengan isu debat dan biasanya, mereka jadi kuat kerana MEREKA BAWA GENG. Kalau anda bijak bistari, tinggalkan sahaja perdebatan mereka itu kerana anda tak mungkin menang. Percayalah, satu hari yang tidak lama lagi mereka akan terima juga hujjah pandai yang mereka tolak dek ego kebodohannya" hehe

Sunday 27 January 2013

Beli Smartphone Kena Tipu

Assalamualaikum,

Artikel ini saya ambil dari blog Oh!Tidak. Emel dari pembaca yg kena tipu semasa membeli smartphone. moga jadi pengajaran semua.

Salam buat semua penggemar smartphone..especially Samsung Galaxy..aku nak share cerita pengajaran membeli telefon untuk semua orang yg berhajat nak beli..

Pada 29/12/2012 aku pergi ke Plaza Alam Sentral Shah Alam untuk membeli Samsung Galaxy S2 untuk abg ipar aku..biasala nak cari yang paling murah kan..So aku survey la 5-6 buah kedai nak buat comparison..aku dah banyak kali beli phone kat sana..S plus..Note..tp mungkin hari tu kelam kabut so aku tak pikir sangat..just sambar je..sbb apa yg aku paham selama 10 tahun duk Shah Alam ni..Plaza Alam Sentral tak jual barang tiruan..so dengan confident aku tanya cina tu tentang galaxy S2 ni ( tingkat 3 kedai dekat escalator..selang 3-4 kedai dari kedai SAMSUNG)..dia pun offer aku Original SME set dengan AP set..harga mmg cun la..siap kasi free aksesori lagi..kita dengar free ape lagi..sbb seblum ni tak penah aku beli Samsung dapat SD card..casing…tetiba dapat..aku ape lagi..so dia terang la kat aku..SME set dengan AP set ni sama..Cuma beza warranty..SME warranty SAMSUNG dan AP warranty kedai..so normal la tu kan..aku pun belek2 la phone tu…sbb aku tak pernah cek details pasal S2 ni..aku pun percaya cakap cina tu..aku dah tanya berulang2 jgn jual china or recond set kat aku..fuhh dengan selamba dia cakap ‘’if china set..dia takkan kasi satu tahun warranty maa’’…

Dengan happy aku balik..dapat AP set RM 1050.00 maa…..balik aku charge..pastu aku terus update version 2.0.3 gingerbread tu ke version 4.0.1 ICS..tuhan nak tunjuk…tetiba hanset tu problem software..pelik gak aku..sbb seblum ni AP set aku update selamber je…so aku rujuk la ke kedai cina lain kat kampung aku (time cuti new year)…dia tgk jer cek2 belakang betri..’’ni CHINA set maaa..u da kena tipu maa..berapa u beli?..ini tepi jalan punya handset maa’’…perggh..berderau darah aku dengar..dengan pastas aku drive balik Shah Alam..

1/1/2013 aku pun pergi jumpa cina dekat PAS tu..dia mati2 taknak mengaku..so aku bawak handset tu pegi kedai lain suruh cek..mmg cina situ pun cakap tu China Set…siap tunjuk aku comparison lagi dengan yg betul punya..so aku bergaduh2 dekat 3 jam kat situ..dia tetap taknak pulangkan duit aku balik..dia marah aku sebab pergi update version la..dia cakap if nak update hantar kedai dia..dia hantar kilang nak update..dia ingat aku tak pergi sekolah ke?..siot..lepas tu kasi alasan cakap tu AP korea la ape la..lepas tu aku tarik pekerja perempuan melayu dia pergi cakap dekat tempat lain..aku pressure dia tanya suruh dia cakap jujur..mula2 dia pun tak mengaku..nak cover boss dia kan..last2 dia mengaku..boss dia jual handset tipu..so aku mintak refund..dia tak bagi..tapi dia boleh plak offer aku ‘AP set yang betol’..siot je kan…trade in..aku kena tambah RM 200..memang dasar penipu..

Sebab dah malas nak kena tipu lagi..atas nasihat kawan2…aku pun pergi Balai Polis buat laporan..dan polis pun suruh aku pergi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dan tribunal buat laporan..tapi agak mengecewakan dengan layanan pihak KPDN yang lebih menyebelahi pihak cina tu..siap suruh aku pikir masak2 if nak buat laporan kes ni…aku pun balik dengan kecewa…sbb mereka tak ada kuasa nak tangkap..dakwa..if paling berat pun hukuman denda RM 5000 atau penjara dan lepas tu cina tu still boleh jual handset tiruan dan tipu orang Melayu dengan selambernyer…dia ckap if nak lebih2..kena pergi mahkamah civil..upah lawyer..bla bla..hmm..

Pastu 3/1/2013..tetiba seorang detektif polis call aku..nak barang bukti..dia nak pergi serbu kedai cina tu..and tangkap..perrghh aku rasa mcm cerita Gerak Khas..1st time aku rasa nasib aku dibela polis..seblum ni asyik menyamannn je kan..kira-kira 2-3 jam lepas tu..Inspektor dorg call aku..bagitahu cina tu dah bagi statement dan bersetuju nak refund duit aku if aku tarik balik report..so atas nasihat polis taknak kes ni panjang2 aku pergi la amik refund..aku puas hati la bab refund..tapi kecewa sebab dia still boleh tipu orang melayu dengan sewenang2nyer..

So kepada KPDN hope korang udah2 la makan gaji buta..guna la kuasa yang ada..buat kerja yang sepatutnya..buat skuad Polis IPD seksyen 9..dan Seksyen 11..terima kasih kerana buat kerja yang aku rasa ni just jenayah kecil and KPDN yang patut ambil tindakan..

Buat kawan2 yang nak beli handset..berhati2la..cek betul2..detail..compare dengan SME..if nak selamat beli SME terus..or nak betul2 murah beli yang kat tepi jalan..mcm kat jalan TAR or jalan pasar…

OHTIDAK: NASIHAT KAMI MUDAH SAHAJA. SEHEBAT MANA PENGETAHUAN ANDA TENGAN SMARTPHONES, JIKA ANDA INGIN BELI SAMSUNG GALAXY KE, APPLE IPHONE KE, NOKIA LUMIA KE ATAU APA SAHAJA SMARTPHONE LAIN, PASTIKAN ANDA PERGI KE PREMIS JUALAN MEREKA YANG SAH. ANDA BELI DENGAN HARGA MUNGKIN MAHAL SEDIKIT TETAPI ANDA AKAN DAPAT SATU KELEGAAN DARI TERTIPU. ORANG NAK MENIPU NI ADA MACAM-MACAM CARA DIA BOLEH BUAT NAK BERI NAMPAK REAL. JADI PUCUK-PANGKALNYA, TERPULANG KEPADA ANDA SENDIRI.

Kuew Teow Kungfu

bahan-bahan untuk kuah :

putik jagung, karot, kobis, kobis bunga, kailan
udang, sotong, ayam
bawang merah, bawang putih, cili padi
cili merah, cili benggala hijau
sos tiram
garam dan perahan limau kasturi secukup rasa
1 atau 2 sudu tepung jagung (untuk pekatkan kuah)
1 sudu lada sulah
air

cara penyediaan :

bawang merah dan bawang puting dihiris dan diketuk. cili padi ditumbuk. kemudian ketiga-tiga bahan ini ditumis sehingga naik bau.
kemudian masukkan bahan basah seperti udang, sotong dan juga ayam. (kuantiti terpulang pada individu). tumis shingga separuh masak.
masukkan air bersama lada sulah dan juga sos tiram serta garam secukup rasa. boleh lah juga dimasukkan sekali sayur2 yang keras seperti putik jagung, karot, kobis bunga dan batang kailan.
kemudian masukkan tepung jagung yang sudah dilarutkan dengan air. juga masukkan sedikit perahan limau kasturi.(fungsi untuk masamkan sedikit kuah adalah supaya bau telur pada kuey teow tidak terlalu kuat)
akhir sekali, masukkan kobis, daun kailan, cili merah dan cili benggala hijau. biarkan sehingga mendidih dengan api yang sederhana.
bahan untuk kuey teow :

kuey teow yang saiz kecil
1 biji telur
sedikit garam

cara penyediaan :

ambil kuay teow yang saiz kecil dengan kuantiti yang diinginkan dan pecahkan telur di dalamnya. (kuey teow tidak perlu dicelur)
masukkan sedikit garam dan kcau kuey teow tersebut hingga sekata.
gorangkan kuey teow yang besalut telur tadi ke dalam kuali dengan minyak yang sedikit sahaja.



akhir sekali masukkan kuey teow yang siap digoreng bersama telur tadi kedalam mangkuk dan tuangkan kuah di atasnya. siap! sangat sedap bila makan waktu tengah panas2. lagi2 sekarang ni musim hujan kan? apa kata, malam ni kita cuba. :)







Lasagna Ringkas

BAHAN-BAHAN :

1 biji bawang besar (saiz sederhana)

2-3 ulas bawang putih

Daging kisar (ayam / daging)

Kuah spaghetti (jenama Prego / Kimball) atau boleh guna puri tomato

1 sudu mayonis (boleh ganti dgn mustard)

Garam, gula, perasa secukup rasa jika mahu

(Boleh tambah sosej / mushroom ikut citarasa)

Keju (yang dah siap kisar)

Lasagna (celur dengan air panas)

1) Hiris bawang halus2.

2) Hancurkan daging kisar guna garfu, boleh beli daging kisar jenama Ramly, packaging baru bentuk petak sekarang.

3) Tumis bawang besar dan bawang putih sampai naik bau.

***Sementara duk memasak inti lasagna nih, kepingan lasagna rendam dalam air panas.

4) Masukkan daging kisar tadi.. Kacau rata.

5) Masukkan kuah spaghetti. Guna jenama Kimball sebab murah sikit dari Prego.

6) Kacau lagi then masukkan mayonis. Tapi kalau nak rasa pedas boleh tambah sos cili or black pepper.

7) Masukkan garam / gula secukup rasa.

8) Masak sampai air dia kering. Kalau berkuah sangat macam mana nak masak lasagna dalam oven pulak kan!

9) Susun dalam loyang. Susun kepingan lasagna yang telah direndam dalam air panas tadi. Tos kan dulu airnya supaya tak berair dalam acuan ni. Lepas tu ratakan kuah daging yang kita dah masak tadi. Lepas tu letak cheese. Just beli Cheesedale. Lepas tu ulang balik susunan tu sampai penuh acuan.

10) Atas sekali mestilah daging kisar yang dimasak tadi dan last sekali tabur cheese.

11) Bakar dalam oven dengan suhu 120 darjah Celcius selama 20 minit. Tutup dulu acuan sebab tak nak keju yang bahagian atas tu terbakar hangus kot?

Lepas 20 minit buka,dan tengok dah kering ke belum, dan rasa sikit kepingan lasagna tu dah masak ke belum. Kalau belum boleh sambung bakar lagi 10-15 minit.

12) Bila dah masak, bukak penutup tadi dan masak lagi 5 – 10 minit.

13) Dah siap pun lasagna.

Bila potong macam ni lah rupanye… Tak lerai sangat, tapi tak melekat sangat. Maybe sebab tak guna cheese yang betul. Lebih baik guna cheese mozarella ke.. cheddar ke..

Sekian.


































Ukuran Kulah

Assalamualaikum,

Ukuran kulah amat penting bagi memastikan wudhuk yang kita ambil adalah sah iaitu daripada air mutlak. Kulah yang tidak mengikut sukatan yang betul, tidak sah digunakan untuk berwudhu' kerana ia dikategorikan sebagai air musta'mal.

Ukuran Kulah adalah seperti berikut ;

1. Isi kandungan air bersamaan dengan 230 liter @ 13 tin minyak tanah dan ada pendapat menyatakan 10-15 tin atau 270 liter.

2 kulah = 195,113kg.
500 kati Baghdad
446 3/7 kati Mesir
81 kati Syam (1 kati Syam = 2 1/2 kg)

2. Saiz kulah hendaklah ;

a) Kulah Bulat

Luas : 1'6" @ 45cm
Dalam : 3'9" @ 115cm

b) 3 segi

Luas : 2'3" @ 69cm
Dalam : 3'9" @ 92.5cm

c) Segiempat tepat

Luas : 1'10.5" @ 56.25cm
Dalam : 1'10.5" @ 56.25cm

Puding Strawberi

Bahan-bahan- dari koleksi Chef Izyan

750 ml @ 3 kotak kecil susu strawberry
750 ml air
4 sb gula
3- 4 sb serbuk agar-agar
150-200ml plain yogurt (1 bekas kecil)
200ml susu rendah lemak
jeruk strawberry (optional) 
Cara-cara
Larutkan gula dan serbuk agar dengan air. Didihkan dengan api yg kecil
Setelah mendidih, tutup api dan biarkan seketika.Tuangkan susu dan yogurt dan kacau rata.
Isikan dlm bekas2 kecil jika mahu. 
Hirisan jeruk strawberry boleh diletakkan samada di dasar bekas atau di atas puding.
Sejukkan dlm peti ais. Hidangkan bersama susu rendah lemak.
Tips: jumlah air dan serbuk agar2 boleh di adjust utk mendapat hasil yg diingini.jika sedikit serbuk agar2 digunakan,ia menghasilkan dadih,tetpi jika terlebih menggunakannya,ia akan menghasilkan puding/agar2.
 
 
 

NAJIS

Assalamualaikum,


Najis adalah sesuatu yang dianggap kotor oleh orang yang memiliki tabi’at yang selamat (baik) dan selalu menjaga diri darinya.

Najis dan hadas adalah berbeza ainnya. Najis kita temukan pada badan, pakaian dan tempat tetapi hadas pada badan sahaja. Najis bentuknya konkrit dan nampak ainnya, sedangkan hadas itu abstrak dan menunjukkan keadaan seseorang. Ketika seseorang terkentut, ia dalam keadaan hadas kecil. Sedangkan apabila pakaiannya terkena air kencing, maka ia bererti terkena najis. Hadas kecil dihilangkan dengan berwudhu dan hadas besar dengan mandi wajib, manakala najis, asalkan najis tersebut hilang, maka sudah membuat benda tersebut suci.

Jenis2 Najis

1. Kencing dan kotoran manusia

Rasulullah SAW bersabda,إِذَا وَطِئَ أَحَدُكُمْ بِنَعْلَيْهِ الأَذَى فَإِنَّ التُّرَابَ لَهُ طَهُورٌ    
Jika salah seorang di antara kalian menginjak kotoran dengan alas kakinya, maka tanahlah yang nanti akan menyucikannya.

Al adza (kotoran) adalah segala sesuatu yang mengganggu Iaitu benda najis, kotoran, batu, duri, dsb.
Yang dimaksud al adza dalam hadis ini adalah benda najis, termasuk pula kotoran manusia. Selain dalil di atas terdapat juga beberapa dalil tentang perintah untuk istinja’ yang menunjukkan najisnya kotoran manusia.

2. Mazi dan Wadi

Wadi adalah sesuatu yang keluar sesudah kencing pada umumnya, berwarna putih, tebal seperti air mani, namun berbeza kekeruhannya dengan mani. Wadi tidak memiliki bau tertentu.

Mazi pula adalah cairan berwarna putih, tipis, keluar ketika bercumbu rayu atau ketika membayangkan jimak (bersetubuh) atau ketika berkeinginan untuk jimak. Mazi terkadang keluar tanpa disedari iaitu ketika muqoddimah syahwat. Laki-laki dan perempuan sama-sama mempunyai mazi.

Hukum mazi adalah najis sebagaimana terdapat perintah untuk membersihkan kemaluan ketika madzi tersebut keluar. Dari ‘Ali bin Abi Thalib, beliau berkata;

كُنْتُ رَجُلاً مَذَّاءً وَكُنْتُ أَسْتَحْيِى أَنْ أَسْأَلَ النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- لِمَكَانِ ابْنَتِهِ فَأَمَرْتُ الْمِقْدَادَ بْنَ الأَسْوَدِ فَسَأَلَهُ فَقَالَ « يَغْسِلُ ذَكَرَهُ وَيَتَوَضَّأُ ».
“Aku termasuk orang yang sering keluar mazi. Namun aku malu menanyakan hal ini kepada Nabi SAW kerana kedudukan anaknya (Fatimah) di sisiku. Lalu aku pun memerintahkan pada Al Miqdad bin Al Aswad untuk bertanya pada Nabi SAW. Lantas baginda memberikan jawapan pada Al Miqdad, “Perintahkan dia untuk mencuci kemaluannya kemudian suruh dia berwudhu”.

Hukum wadi juga najis. Ibnu ‘Abbas mengatakan,
الْمَنِىُّ وَالْمَذْىُ وَالْوَدْىُ ، أَمَّا الْمَنِىُّ فَهُوَ الَّذِى مِنْهُ الْغُسْلُ ، وَأَمَّا الْوَدْىُ وَالْمَذْىُ فَقَالَ : اغْسِلْ ذَكَرَكَ أَوْ مَذَاكِيرَكَ وَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ.
Mengenai mani, mazi dan wadi; adapun mani, maka diharuskan untuk mandi. Sedangkan wadi dan mazi, Ibnu ‘Abbas mengatakan, “Cucilah kemaluanmu, lantas berwudhulah sebagaimana wudhumu untuk shalat.

3. Kotoran haiwan yang dagingnya tidak halal dimakan
 
Contohnya adalah kotoran keldai jinak, kotoran anjing dan kotoran babi, Abdullah  bin Mas’ud  berkata;

أَرَادَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ أَنْ يَتَبَرَّزَ فَقَالَ : إِئْتِنِي بِثَلاَثَةِ أَحْجَارٍ فَوَجَدْتُ لَهُ حَجْرَيْنِ وَرَوْثَةِ حِمَارٍ فَأمْسَكَ الحَجْرَيْنَ وَطَرَحَ الرَّوْثَةَ وَقَالَ : هِيَ رِجْسٌ
“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bermaksud bersuci setelah buang hajat. Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas bersabda, Carikanlah tiga buah batu untukku. Kemudian aku mendapatkan  dua batu dan kotoran keledai. Lalu beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam mengambil dua batu dan membuang kotoran tadi. Beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas bersabda, Kotoran ini termasuk najis.”

Ini menunjukkan bahwa kotoran haiwan yang tidak halal dimakan dagingnya adalah najis.

4. Darah haid

Dalil yang menunjukkan hal ini, dari Asma’ binti Abi Bakr, beliau berkata, “Seorang wanita pernah mendatangi Nabi SAW kemudian berkata,

إِحْدَانَا يُصِيبُ ثَوْبَهَا مِنْ دَمِ الْحَيْضَةِ كَيْفَ تَصْنَعُ بِهِ
“Di antara kami ada yang bajunya terkena darah haid. Apa yang harus kami perbuat?”
Baginda menjawab,
تَحُتُّهُ ثُمَّ تَقْرُصُهُ بِالْمَاءِ ثُمَّ تَنْضَحُهُ ثُمَّ تُصَلِّى فِيهِ
Gosok dan keriklah pakaian tersebut dengan air, lalu perciklah. Kemudian solatlah dengannya."

5. Jilatan anjing

Dari Abu Hurairah, beliau berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda,

طُهُورُ إِنَاءِ أَحَدِكُمْ إِذَا وَلَغَ فِيهِ الْكَلْبُ أَنْ يَغْسِلَهُ سَبْعَ مَرَّاتٍ أُولاَهُنَّ بِالتُّرَابِ
Cara menyucikan bejana di antara kalian apabila dijilat anjing adalah dicuci sebanyak tujuh kali dan awalnya dengan tanah.

Yang dipilih oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah, bahagian anjing yang termasuk najis adalah jilatannya saja. Sedangkan bulu dan anggota tubuh lainnya tetap dianggap suci sebagaimana hukum asalnya.

6. Bangkai

Bangkai adalah haiwan yang mati begitu saja tanpa melalui penyembelihan yang syar’i. Najisnya bangkai adalah berdasarkan sabda Nabi SAW dari Abdullah bin ‘Abbas,
إِذَا دُبِغَ الإِهَابُ فَقَدْ طَهُرَ
Apabila kulit bangkai tersebut disamak, maka dia telah suci.

Bangkai yang dikecualikan adalah :
a – Bangkai ikan dan belalang
Hal ini berdasarkan hadits Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda,

أُحِلَّتْ لَنَا مَيْتَتَانِ وَدَمَانِ فَأَمَّا الْمَيْتَتَانِ فَالْحُوتُ وَالْجَرَادُ وَأَمَّا الدَّمَانِ فَالْكَبِدُ وَالطِّحَالُ
Kami dihalalkan dua bangkai dan darah. Adapun dua bangkai tersebut adalah ikan dan belalang. Sedangkan dua darah tersebut adalah hati dan limpa.

b – Bangkai haiwan yang darahnya tidak mengalir
Contohnya adalah bangkai lalat, semut, lebah, dan kutu. Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِى إِنَاءِ أَحَدِكُمْ ، فَلْيَغْمِسْهُ كُلَّهُ ، ثُمَّ لْيَطْرَحْهُ ، فَإِنَّ فِى أَحَدِ جَنَاحَيْهِ شِفَاءً وَفِى الآخَرِ دَاءً
Apabila seekor lalat jatuh di salah satu bejana di antara kalian, maka celupkanlah lalat tersebut seluruhnya, kemudian buanglah. Sebab di salah satu sayap lalat ini terdapat racun (penyakit) dan sayap lainnya terdapat penawarnya.”

c – Tulang, tanduk, kuku, rambut dan bulu dari bangkai
Semua ini termasuk bahagian dari bangkai yang suci kerana kita kembalikan kepada hukum asal segala sesuatu adalah suci. Mengenai hal ini telah diriwayatkan oleh Bukhari secara mu’allaq (tanpa sanad), beliau berkata,
وَقَالَ حَمَّادٌ لاَ بَأْسَ بِرِيشِ الْمَيْتَةِ . وَقَالَ الزُّهْرِىُّ فِى عِظَامِ الْمَوْتَى نَحْوَ الْفِيلِ وَغَيْرِهِ أَدْرَكْتُ نَاسًا مِنْ سَلَفِ الْعُلَمَاءِ يَمْتَشِطُونَ بِهَا ، وَيَدَّهِنُونَ فِيهَا ، لاَ يَرَوْنَ بِهِ بَأْسًا
Hammad mengatakan bahwa bulu bangkai tidaklah mengapa (yaitu tidak najis). Az Zuhri mengatakan tentang tulang bangkai dari gajah dan semacamnya, ‘Aku menemukan beberapa ulama salaf menyisir rambut dan berminyak dengan menggunakan tulang tersebut. Mereka tidaklah menganggapnya najis hal ini’.”

wallahualam.

Tips Tenangkan Hati

Assalamualaikum,

Setiap manusia pasti akan tempuhi saat2 yang paling sukar dalam hidupnya. Semua dugaan dari yang maha Esa terhadap hambaNya adalah sunnatullah yang mesti dihadapi dan diselesaikan. Bukan melarikan diri dan menyalahkan org lain.Dalam sesetengah perkara walaupun masalah telah selesai (dan kita telah berpuas hati) namun mungkin disebabkan oleh campur tangan pihak lain atau faktor lain, ia akan mengakibatkan fikiran kita terganggu, sedih dan tertekan...

Ada beberapa TIPs yang mungkin boleh dikongsi bersama untuk kebaikan semua :

1. Dirikan solat sunat taubat, tahajjud dan hajat pada 2/3 malam... (jika sukar mulakan dgn 2 rakaat dulu)......Insyaallah lama2 pasti boleh buat ..

2. Tutup semua lagu2 yang boleh mengkhayalkan jiwa dan menghanyutkan perasaan... Lebih2 lagi lagu yg boleh mengingatkan kita kpd kenangan sedih dan buruk. Melodi lagu amat mudah mengingatkan kita kepada sesuatu peristiwa. Gantikan dengan lagu2 nasyid atau lagu ketuhanan yang boleh mendidik jiwa..

3. Setiap pagi biasakan telinga mendengar bacaan al-Quran, zikir, selawat atau tazkirah ringkas. Jadikan ia rutin harian.. mula2 paksa diri dan hati kita, insyaAllah lama2 hati akan makin bersih, fikiran makin tenang....

4. Memang susah nak ubah rutin hidup harian... tapi jika ia boleh selesai masalah kita apa salahnya kita mencuba. Bila pagi dah dimulakan dgn sesuatu yg baik, teruskan bila petang dan mlm. Lama2 ia akan menjadi kebiasaan dan kita akan berasa kekurangan bila kita tinggalkannya. Bagi lelaki..dekat2 lah dgn surau dan masjid. Solat di surau/masjid adalah berbeza nikmatnya dibandingkan solat di rumah.

5. Cuba setup target dalam diri utk berubah dgn memperbetulkan niat. saya letak niat di akhir sekali kerana utk merubah sesuatu yg baru amat sukar. Oleh itu kita perlu mulakan dgn paksaan dahulu. Paksa diri tgglkan kebiasaan lama dan mulakan yg baru. Dari situ kita akan perbetulkan niat dan matlamat secara automatik. Dari situ lahir keikhlasan dan melakukan sesuatu dgn kesungguhan.

6. masa tu, kita akan terasa sangat dekat dengan Allah s.w.t dan sentiasa ingat mati.. Cubalah!!

Tips Bajet Keluarga

Assalamualaikum,

Terjumpa 5 tip yang baik hasil mengembara di alam maya. Kredit kpd Realiti Alam Rumahtangga

Tip pertama : Masukkan matlamat masa hadapan dalam perancangan bajet bulanan.

Rancang perkara yang anda hendak lakukan pada masa hadapan. Katakan anda ingin beli kereta pada tahun hadapan. Masukkan bayaran bulanan yang terpaksa anda bayar nanti ke dalam bajet. Dengan ini, anda akan lebih bersedia apabila tiba masanya. Lebih baik belajar berjimat sekarang dari tergesa – gesa untuk memperbaiki bajet apabila tiba masanya.

Tip kedua : Senaraikan semua perbelanjaan ahli keluarga.

Awal bulan, tanya setiap ahli keluarga apa yang mereka perlu. Dapatkan bajet secara spesifik dari setiap orang. Anda baca bajet mereka dan luluskan yang mana anda rasa perlu dan anda nilai sendiri berdasarkan wang yang anda ada.

Tip ketiga : Dapatkan jumlah wang tetap yang perlu di bayar.

Wang untuk ansuran rumah, kereta, insurans, bil – bil dan sebagainya perlu di sediakan jumlahnya secara tepat. Apabila anda dapat gaji, anda asingkan awal-awal wang untuk pembayaran hutang – hutang dan bil – bil. Dari lebihan wang, barulah anda rancang bajet bagi keperluan keluarga. Wang bagi peruntukan makanan juga boleh di sediakan secara tetap setiap bulan.

Tip keempat : Agihkan wang untuk simpanan dan kecemasan.

Agihkan wang lebihan selepas perancangan bajet untuk di simpan secara tetap dan kegunaan kecemasan. Selain akaun bank untuk simpanan tetap, anda perlu juga sediakan akaun simpanan untuk kecemasan bagi menampung lebihan bajet jika berlaku. Kadangkala, ada perkara yang tidak di sangka – sangka berlaku seperti sakit, kemalangan dan sebagainya.

Tip kelima : Ikut apa yang anda rancang.

Bajet tidak akan berjalan seperti yang anda mahu jika anda tidak ikut apa yang anda rancang. Kuatkan azam dan ikut segala rancangan yang telah anda tetapkan...

Saturday 26 January 2013

7 Golongan Yang Mendapat Perlindungan Allah

Assalamualaikum,

Rasulullah SAW bersabda: ” Tujuh orang yang akan dilindungi Allah dalam naunganNya iaitu: Imam (pemimpin) yang adil; pemuda yang tumbuh dewasa dalam beribadah pada Allah; orang yang hatinya selalu terikat pada masjid; dua orang yang saling mencintai kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah; seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya dan berkata ‘Aku takut kepada Allah’; orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya; dan seorang yang berzikir kepada Allah sendirian lalu menitikkan airmatanya.”
(HR. Bukhari Muslim)

Ini lah tujuh golongan yang dilindungi Allah SWT

Pada hari akhirat nanti, manusia akan ditanya tentang apa saja yang mereka lakukan ketika hidup di dunia.

Pada hari itu, tdk ada pertolongan kecuali dari Allah. Tapi, ada tujuh golongan yang nanti akan mendapat pertolongan dari Allah.

1. Imam (pemimpin) yang adil

Seorang imam atau pemimpin haruslah berlaku adil, kerana segala hal yang menjadi tanggungjawabnya akan ditanyakan kembali di akhirat kelak. Maka bergembiralah bagi pemimpin yang dapat berlaku adil, kerana akan mendapatkan naungan di sisi Allah di akhirat nanti. Pemimpin yang dimaksudkan tidak hanya pemimpin sebuah negara ataupun penguasa suatu tempat, namun termasuk pula seorang suami yang memimpin isteri dan anak-anaknya dalam sebuah keluarga.

2. Pemuda yang sentiasa beribadah pada Allah

Pemuda yang senantiasa hidup dalam ibadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukan tersebut dilakukan semata-mata karena Allah seakan-akan Allah melihat segala perbuatan dan amal ibadahnya itu.

3. Orang yang hatinya selalu terikat pada masjid

Masjid adalah rumah Allah dan naungan Allah akan selalu ada di akhirat nanti bagi orang yang senantiasa rindu untuk beribadah di masjid dan merasa tenang berada di dalamnya. Setiap waktu, ia selalu menunggu-nunggu tiba saatnya untuk datang ke masjid untuk solat wajib maupun sunat, solat berjamaah, mengaji, mendengarkan ceramah, dan sebagainya.

4. Dua orang yang saling mencintai karena Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah kerana Allah juga.

Dua orang yang saling mencintai karena Allah akan mendapatkan lindungan dari Allah di akhirat nanti dan Allah akan mengizinkan kedua orang tersebut untuk masuk ke dalam syurga-Nya.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah bahawa Rasulillah SAW bersabda: “Ada seorang lelaki yang ingin mengunjungi saudaranya di sebuah desa. Di dalam perjalanannya Allah mengutus seorang malaikat untuk mengawasinya. Ketika lelaki itu sampai padanya, malaikat itu berkata, “Kemanakah engkau akan pergi?’ Lelaki itu menjawab, ‘Aku ingin mengunjungi saudaraku di desa ini.’ Malaikat itu bertanya lagi, ‘Apakah engkau punya kepentingan dari kenikmatan di desa ini?’ Lelaki itu menjawab, ‘Tidak, hanya saja aku mencintainya kerana Allah.’ Kemudian malaikat itu berkata, ‘Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang diutus kepadamu, bahwa Allah juga mencintaimu sebagaimana kamu mencintaiNya.”

5. Seorang lelaki yang dirayu oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan tetapi ia menolaknya seraya berkata ‘Aku takut kepada Allah’

Ia merupakan salah satu ujian bagi seorang lelaki, iaitu wanita adalah ujian yang sungguh berat bagi kaum lelaki. Seorang lelaki yang beriman pada Allah takut kepada Allah dan takut kepada azab api neraka, sehingga lelaki ini sentiasa layak mendapat perlindungan dariNya.

6. Orang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya

Allah akan memberikan perlindungan bagi orang yang suka memberi sedekah dengan ikhlas dan tidak mengharapkan balasan selain redha Allah semata. Dalam bersedekah, ia tidak membesar-besarkannya, sebaliknya ia akan melakukannya secara tersembunyi dan tidak diketahui orang lain.

7. Seorang yang berzikir kepada Allah sendirian lalu menitikkan airmatanya

Berzikir dengan hati yang tulus, redha, dan ikhlas seorang diri, dengan perasaan takut kepada Allah hingga menitiskan airmata, sebagai tanda kecintaan kepada Allah, menyedari kebesaran Allah serta merasa dirinya penuh dosa sehingga memohonan ampunan kepadaNya. Allah akan membukakan pintu syurga untuk orang-orang yang seperti ini.

Sungguh beruntungnya orang yang mendapat naungan Allah. Semoga kita mampu menjadi salah satu golongan yang mendapatkan perlindungan Allah ini di akhirat nanti. Wallahualam.

Mesti Tau Bezakan Antara Cinta dan Suka

Assalamualaikum,

Kadang2 kita ni keliru diantara suka dengan cinta kan......
Kalau kita suka tak semestinya kita cinta...tapi kalau kita cinta dah semestinyalah kita suka kan.....

1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.

6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut jua menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Sekadar untuk bacaan. Sumber semanis kurma.

Pavlova

4 biji telur putih sahaja
3/4 cawan gula caster
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil vanila
1 sudu kecil cuka makanan

Topping: (Bahan ini perlu dipukul bersama)
1 Cawan Whipping Cream
1 1/2 teh gula halus
1/2 sudu teh vanila
Buah-buahan segar -cntoh:buah kiwi dan strawberri tapi boleh je nak letak blueberri ke, mangga ke, apa-apa yg korang suka
tapi lebih elok guna buah yang masam-masam sikit.

Cara memasak

1. Pukul telur putih hingga separa kembang (guna kelajuan paling tinggi)

2. Masukkan gula caster sedikit sehingga sedikit sehingga habis (untuk pastikan meringue itu sempurna, boleh menggunakan jari kite iaitu ibu jari dan jari telunjuk untuk menggeselkan adunan meringue tadi. - cuitlah sikit adunan yang kita pukul tadi. Sekiranya masih ada gula yang masih belum hancur, itu bermakna adunan meringue masih tidak sempurna.) Jadi pukullah lagi sehingga kembang.

Pukul adunan sehingga berkilat dan bertanduk.....bertanduk tu maksudnya bila tarik adunan tu keluar sikit dia ada hujung yang tajam....

Masa ni dah boleh panaskan oven dengan suhu 150 darjah dan nanti bila kita nak bakar..suhu boleh diturunkan sehingga 130 darjah. Tapi ni sume bergantung kepada oven masing-masing...tak semua oven sama kan.... so pandai-pandailah adjust nanti ..kalau ikut petua dalam surat khabar tu..suhu yang rendah akan membuatkan adunan meringue tadi cair dan kalau suhu terlalu tinggi, dikhuatiri kulitnya sudah garing tetapi di dalam masih tidak masak.....jadi ikut kesesuaian.

3. Masukkan cuka masakan, esen vanila dan tepung jagung. Kacau guna spatula/senduk. (Tak payah dah pakai mixer)

Tujuan campurkan cuka masakan dan tepung jagung tu untuk dapatkan tekstur garing pada kulit meringue tapi di dalam masih lembut

4. Lorekkan bulatan berdiameter 7 - 8 cm seperti di bawah di atas kertas minyak. Tapi masa second round masak...tak lorek-lorek dah..

5. Letakkan adunan yang telah siap tadi mengikut size yang telah ditetapkan. Ada org guna piping bag untuk cantikkan rupa pavlova tu....tapi kalau tak de piping bag..korang guna je spatula tu dah letak je atas kertas minyak tu

6. Bakar dengan suhu 130 darjah celcius selama 6- - 75 minit. Nak guna api atas ke, api bawah ke...api atas bawah ke..ikut perangai 'oven' masing-masing ye...

7. Meringue kita tu dah masak, warnanya sudah bertukar ke warna perang (Adunan pertama yang bakar, pecahkan tengah dia..nak tgk masak ke tak.

Sebaik sahaja meringue itu sudah di masak, jangan keluarkan terus dari oven, biarkan di dalam oven dengan pintu oven sedikit terbuka sehingga sejuk (tak lama pun tunggu dia sejuk....mmg sangat cepat.

8. Setelah sejuk, letakkan whipping cream.

9. Kemudian, hiaskan dengan buah-buahan segar ikut citarasa dan kreativiti sendiri.

Untuk selarikan rasa meringue yang manis dan topping - whipped cream itu....
dan jangan lupa kertas minyak

Lelaki/Suami Berwatak ArRijal

Assalamualaikum,

Tghari td saya mendengar bual bicara dalam radio Ikim semasa ke KL dalam kereta, saya tertarik dengan beberapa fakta yang agak menarik yg diutarakan. Kadang2 saya rasa pelik dan selalu berfikir kenapa lelaki begitu atau begini. Terima kasih radio Ikim yg membuka minda saya untuk mengenali lelaki2 di sekeliling saya, suami, ayah, abang2, adik2 lelaki, anak2 lelaki, kwn2, exs2, pelajar2 lelaki saya dan sesiapa je lah yg bergelar lelaki.

Lelaki yg sebenar dalam Islam mesti boleh bergelar arRijal sebagaimana Allah berfirman dlm surah anNisa' ayat 34:

الرِّجَالُ قَوَّامُوْنَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوْا مِنْ أَمْوَالِهِمْ
“Para lelaki adalah Qowwam bagi para wanita sebab keutamaan yang diberikan oleh Allah kepada sebahagian (lelaki) atas sebagian yang lain dan sebab yang mereka belanjakan dari harta mereka…”

Ayat ini banyak disalah ertikan sebagai sebuah nas yang menyatakan lelaki adalah lebih berkuasa atas wanita. Keadilan akan lebih terasa jika perkataan Qowwam diertikan sebagai orang yang banyak tanggung jawab. Dengan begitu makna ayat ini adalah bahawa lelaki (suami) memiliki banyak tanggung jawab kepada wanita (isteri). Oleh itu, sesuailah lelaki lebih berhak mendapat ketaatan dari isteri2.

Selain tanggungjawab sebagai suami yg biasa, untuk menjadi arRijal seorang lelaki/suami mesti ada ciri2 berikut.

1. Lelaki/Suami Mesti Memimpin dan Buat Keputusan
Senario hari ini di Malaysia yg saya nampak, ramai lelaki menjadi pak turut kpd wanita. Contoh yg jelas di dlm kelas ada pelajar lelaki dan perempuan. Banyak keputusan dicadang dan diputuskan oleh pelajar perempuan. Jika kelas satu gender...banyak aktiviti kelas menjadi beku dan hambar. Ini kerana lelaki malas berfikir dan suka menjaga imej masing2. Hasilnya bila berkahwin, banyak keputusan dicadang dan diputuskan oleh isteri masing2. Dari sekecil2 hal makan minum hingga hal yg besar2 seperti anak masuk U atau berkahwin. Akhirnya suami nampak dayus dan mula timbul isu2 seperti queen control.

Jika anda ingin menjadi arRijal, biar lah anda yang membuat keputusan. Umpamanya bila isteri tanya, ' abang nak minum apa?' Tolong buat keputusan dan jgn jawab 'apa2 sahajalah' ' ikut awaklah'. Sebenarnya kaum isteri amat berbangga dapat melaksanakan apa yg suami2 putuskan. Ia seolah2 suami amat mengambil tahu hal rumah tangga dan dapat berkongsi susah senang.

2. Jangan Membela Kesalahan Sendiri
Untuk menjaga ego masing2, lelaki jarang mengakui kesilapan sendiri. Mereka tetap akan menegakkan benang basah untuk menjaga imej mereka terutama terhadap wanita dan isteri. Ketinggian hati seseorang itu terpancar apabila dia boleh merendahkan diri...mengakui kesilapan jika dia salah. Sesungguhnya wanita paling kuat ingatan, jika suami mempertahankan kesalahannya...suatu hari wanita amat mengungkit dan membandingkan jika ia berlaku lagi. Tidak rugi untuk mohon maaf dan cepat perbaiki kesilapan. Tiada siapa yg sempurna dalam hidup ini.

3. Perlu Tahu Hak Isteri dan Tahu Batasan
Wanita dijadikan dari tulang rusuk yg bengkok, sangat perlukan bimbingan. Terlalu mengikut kehendak isteri yang melampau atau terlalu buta akan kehendak isteri akan menyebabkan wanita cepat patah. Perlu fokus kepada nafkah yang paling asas. Hasrat untuk memenuhi semua kehendak isteri lebih menjurus kepada faktor kemampuan suami. Suami kena tahu keperluan isteri dan tahu batasannya.

4. Suami/lelaki Mesti Pandai Kawal Nafsunya
Mengawal nafsunya dan mengubah sikap yang lama. Jangan menyimpan perkara2 yg tidak sepatutnya. Jika isteri tahu keaiban suami akan menjatuhkan maruah sendiri. Ada juga lelaki yang suka lelaki juga menyebabkn lambat berkahwin.

5. Jaga Nafkah Bathin Isteri
Jika sakit berubatlah seperti ubat dan urutan. Tidak semua yg diam ituemas

6. Jangan Berpoligami Kalau Tdk Mampu
Dari sudut fizikal dan mental. Di Malaysia mesti ada kebnaran mahkamah dan isteri ada saksi. Dari segi mental, mampu melayan karenah perempuan. Jika telah berkahwin, daftarkan perkahwinan.

7. Jaga Sihir dan Selalu Berdoa Untuk Keluarga
Baca quran dan doa utk keluarga



Cinta dan Perkahwinan

Assalamualaikum,

Apabila sesi pnp bermula bagi bab munakahat, saya sering bertanya kpd pelajar tentang kefahaman mereka mengenai dunia perkahwinan. Sesuai tahap mereka yg masih kanak2, hampir 99.9% jwpn mereka menjurus kepada hubungan kelamin, hidup berdua dengan pasangan. Bila di tanya pilihan bagaimana yg ingin kamu cari. Pasti mereka akan menjawab yg cantik, yg beragama, yg elok keturunan, yg berharta, yg berakhlak mulia dan lain2. Nampak sgt jawapan yg terlalu mahukan kesempurnaan dan jelas gambaran tiada pengalaman langsung.

Mencari nilai perkahwinan yg sempurna dan bahagia sebenarnya perlu dilalui dengan seribu pengorbanan. Tiada yg mudah dalam hidup ini. Cuba tanya pada hati kita, adakah kita memahami maksud di sebalik cinta dan perkahwinan.

Saya ambil kisah Plato dari sebuah blog. Suatu hari, Plato bertanya pada gurunya, “Apa itu cinta? Bagaimana saya boleh menemukannya?

Gurunya menjawab,”Ada ladang gandum yang luas di depan sana. Berjalanlah kamu dan tanpa boleh mundur kembali, kemudian ambillah satu saja ranting. Jika kamu menemukan ranting yang kamu anggap paling menakjubkan, ertinya kamu telah menemukan cinta” Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan tangan kosong, tanpa membawa apapun.

Gurunya bertanya, “Mengapa kamu tidak membawa satupun ranting?”

Plato menjawab, “Aku hanya boleh membawa satu saja, dan masa berjalan tidak boleh mundur kembali. Sebenarnya aku telah menemukan yang paling menakjubkan, tapi aku tak tahu apakah ada yang lebih menakjubkan lagi di depan sana, jadi aku tidak ambil ranting tersebut.

Ketika ku melanjutkan berjalan lebih jauh lagi, baru kusedari bahawa ranting-ranting yang ku temukan kemudian tak sebaik dan secantik ranting yang tadi, jadi aku tidak ambil sebatang pun pada akhirnya“

Gurunya kemudian menjawab “Jadi itulah yang dikatakan cinta”

Pada hari yang lain, Plato bertanya lagi pada gurunya, “Apa itu perkawinan? Bagaimana saya boleh menemukannya?”

Gurunya pun menjawab “Ada hutan yang subur di depan sana. Berjalanlah tanpa boleh mundur kembali (menoleh) dan kamu hanya boleh menebang satu pohon saja. Dan tebanglah jika kamu menemukan pohon yang paling tinggi, kerana ertinya kamu telah menemukan apa itu perkahwinan”

Plato pun berjalan, dan tidak seberapa lama, dia kembali dengan membawa pohon. Pohon tersebut bukanlah pohon yang segar/subur, dan tidak juga terlalu tinggi. Pohon itu biasa-sederhana saja, tidak terlalu lurus batangnya. Gurunya bertanya, “Mengapa kamu memotong pohon yang seperti itu?”

Plato pun menjawab, “Sebab berdasarkan pengalamanku sebelumnya, setelah menjelajah hampir setengah hutan, ternyata aku kembali dengan tangan kosong. Jadi dikesempatan ini, aku lihat pohon ini, dan ku rasa tidaklah buruk sangat, jadi ku putuskan untuk menebangnya dan membawanya ke sini. Aku tidak mau menghilangkan kesempatan untuk mendapatkannya” Gurunya pun kemudian menjawab, “Dan itulah yang dikatakan perkahwinan”

Dari cerita ini dpt disimpulkan, carilah cinta dan dapatkanlah perkahwinan. Kerana kita tidak mungkin memperolehi kesempurnaan seperti yang kita impikan. Hidup ini hanya kesempatan yang sedikit dan bersifat sementara. Tidak mungkin akan termakbul segala yang kita mahu. Terimalah seadanya apa yang Allah dah tentukan untuk kita..:)

Tuesday 22 January 2013

Tegur Menegur

Membina dan Meroboh

Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.

Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut. Contohnya, Ali pergi ke Ahmad dan ingin meminta teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Ahmad akan di dengari dengan berlapang dada.

Lain pula sekiranya seseorang yang tidak memerlukan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus menolaknya.

Orang yang Menegur

Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat hidup.

Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting di tepi longkang.

Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur

Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".

Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin.

Yang Paling Penting

Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.

Saturday 19 January 2013

Tips Elak Jadi Mangsa Pukau

Assalamualaikum,

Peristiwa awal pagi ni menyedarkan aku betapa penting amalan doa pendinding dari segala jenis sihir dan pukau. Tidak pernah berlaku pdku sebelum ini dan pengalaman ini perlu dikongsi utk peringatan org lain.

Aku pulang ke kg ptg smlm bersama 2 anak perempuanku. Awalnya mcm keberatan nak tidur di rumah itu. Bukan sbb rumah itu hanya persinggahan dan tiada penghuni tetapi sbb byk semut dan lipas. Lps tu aku terjumpa spray serangga, so abeslah semut tu aku kerjakan. Mlm tu sblm tidur aku buka semua lampu sbb bimbang lipas dan tikus berkeliaran. Kami tidur dlm pukul 12 mlm.

Sekitar pukul 4.15-4.30 pagi tadi, aku terkejut melihat ada susuk manusia lelaki TANPA PAKAIAN (BOGEL) baru keluar dari bilik belakang menuju ke arah kami berempat yg sedang tidur di ruang tamu. Aku mmg telah terbiasa terjaga sekitar pukul 4 pg, jd dlm keadaan tidur2 ayam aku melihat lelaki tanpa pakaian terhendap2 ke arah kami.

Aku terbayang mcm dlm cerita barat kisah alien tanpa pakaian tapi kmdn aku cepat sedar itu adalah manusia. Apalagi mulut guru tak ada insuran ni terus menjerit 'pencuri..pencuri' sambil bingkas bangun, buka pintu depan, ketuk2 pintu dan menjerit memanggil ayah dan anak saudaraku di rumah sebelah. Kebetulan suamiku mmg dah sedar lalu dia pun buat suara yg menakutkan pencuri itu.

Si pencuri masuk semula ke bilik tadi, aku ingatkan dia terperangkap di bilik itu, rupanya mmg dia masuk dari situ. Dikopakkannya ensel tingkap hingga terbuka luas. Ayah, suami dan anak saudaraku buat pemeriksaan di belakang rumah. Kakak iparku terbau mcm bau wangi di tgkap itu. Sahlah mmg tektik pukau yg digunakan tetapi tdk berjaya dilakukan kpd kami.

Sehari sebelum tu, anak sedaraku yg perempuan pernah tidak sedar mengikut bayang seorang lelaki ke kebun belakang dlm pukul 12.30 mlm. Alhmdulillah ms tu dia mmbawa hp dan kebetulan suaminya call so dia tersedar berada di blkg rumah yg gelap. Nmpknya pencuri ini sdg mmpraktikkan ilmu hitamnya. Tapi yg paling lucu sbb dia telanjang bogel. :)

Pukau boleh berlaku di mana2. Teknik yg paling kerap digunakan ialah pandangan mata dan sentuhan tgn. Cara lain seperti asap rokok, minyak wangi, melihat sesuatu azimat seperti cincin, besi dan lain-lain dan juga ayat-ayat tertentu yang dia suruh kita baca ayat tu, ikut dia.

Bagi mengelakkan pukau terjadi, beberapa tips boleh dilakukan antaranya;

1. Banyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

2. Hindari daripada berbual dengan orang yang mencurigakan seperti penjual (salesman) yang datang ke rumah.

3. Elakkan merenung mata orang yang tidak dikenali dan mencurigakan.

4. Elakkan berjalan seorang diri di tempat sunyi mahupun di tempat awam. Pukau boleh berlaku di mana-mana sahaja, tak kira jantina mahupun tempat.

Ayat2/doa pendinding pula antaranya;

1. Baca doa;
 






“Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

2. Ayatul Kursi
3. Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas
4. Berniat mohon Allah menghindari pukau/sihir ketika membaca doa/ayat.
5. Surah Hud ayat 56.
إِنِّي تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ رَبِّي وَرَبِّكُم مَّا مِن دَابَّةٍ إِلَّا هُوَ آخِذٌ بِنَاصِيَتِهَا إِنَّ رَبِّي عَلَىٰ صِرَاطٍ مُّسْتَقِيم. Baca setiap kali lepas solat.

Sekian.





Friday 18 January 2013

Syarat Menuntut Ilmu

Assalamualaikum,

Imam as-Shafi’e adalah merupakan tokoh ilmu terunggul di dalam sejarah umat Islam. Beliau telah mengarang satu syair ringkas tetapi padat, menceritakan mengenai syarat-syarat menuntut ilmu;
أخي لن تنال العلم إلا بستةٍ
سأنييك عن تفاصيلها ببيـان
ذكاء وحرص واجتهاد وبلغه
وصحبة استاذٍ وطول زمان

Perincian dari syair beliau ialah; Pertama bijak, kedua tamak menuntut ilmu, ketiga kesungguhan, keempat kemampuan sara diri, kelima bersahabat dengan guru, dan terakhir, masa yang panjang dan berterusan.

Kebijaksanaan adalah prasyarat utama untuk menjadi seorang penuntut ilmu yang baik. Faktor yang menyumbang kepada kecerdasan ini sebenarnya adalah menyeluruh. Ini termasuklah faktor pendidikan awal di rumah, persekitaran, pemilihan kawan, pemilihan pasangan, pemakanan dan lain-lain. Adab-adab yang diajar di dalam Islam, walaupun kelihatan remeh, sebenarnya berperanan besar di dalam menambah kecergasan akal manusia. Walaupun ada yang berpendapat, kecerdasan akal adalah anugerah pilihan kepada insan tertentu, akan tetapi hakikatnya, kecerdasan dapat dibentuk oleh diri kita sendiri. Daripada sekecil-kecil perkara, seperti khasiat susu bayi untuk merangsang IQ anak-anak, sehinggalah kepada menjaga pandangan daripada melihat perkara maksiat, itu semua mempengaruhi kecerdasan akal kita. Imam al-Shafie sendiri pernah mengadu kepada gurunya, imam Waki’, kerana suatu ketika, kecerdasan akal beliau merudum jatuh, lalu ditegur beliau oleh gurunya supaya meninggalkan maksiat, kerana ilmu itu cahaya, dan cahaya tidak akan tembus ke dalam hati yang berkarat dengan maksiat.

Syarat kedua pula adalah semangat tinggi, rakus serta tamak untuk menuntut ilmu. Sifat ini dapat dilihat di dalam diri sarjana Islam terdahulu. Sebagai contohnya Imam al-Bukhari. Kitab beliau yang terkenal, Sahih al-Bukhari, merupakan rujukan unggul bagi umat Islam selepas al-Quran. Bagaimana kitab tersebut menjadi karya unggul, atau magnum opus kepada kesarjanaan sains hadith, adalah tidak lain tidak bukan kerana semangat tinggi beliau di dalam menuntut ilmu pengetahuan. Ramai kita yang mengetahui kesanggupan imam al-Bukhari merantau ribuan batu, semata-mata untuk mendengar hanya sepotong hadith nabi yang autentik. Beberapa kali beliau merantau, tetapi pulang dengan tangan kosong kerana sedikit keraguan di dalam status hadith berkenaan. Akan tetapi, beliau tidak pernah berputus asa, sebaliknya terus rakus dan tamak di dalam mengumpulkan ilmu yang berguna.

Syarat ketiga pula ialah ijtihad, atau kesungguhan. Untuk menjadi seorang penuntut ilmu yang berjaya, kesungguhan adalah amat penting. Walau sehebat mana peribadi kita, walau sejernih mana hati kita, walau sepanjang mana pun sujud kita, walau setinggi mana tangan menadah memohon hajat, akan tetapi sekiranya tiada kesungguhan di dalam menuntut ilmu, percayalah, ianya tidak akan datang bergolek kepada diri kita. Ramai juga yang tertanya-tanya apakah kunci utama untuk mendapat kesungguhan ketika belajar. Muslimin sekalian, yakinilah, bahawa kunci utama untuk mendapat kesungguhan adalah kesabaran. Sabar dengan kesukaran menuntut ilmu. Sabar dengan uijan dan halangan. Sabar dengan masa yang panjang. Sabar dengan kejemuan. Itulah kunci utama kepada kesungguhan. Sabda nabi Muhammad, al-Sobru diya’. Yang bermaksud, kesabaran itu adalah cahaya. Dan memang ilmu pengetahuan itu sering kali dikaitkan dengan cahaya. Tanpa sabar, maka tiadalah kesungguhan, lantas sirna lah pengetahuan.

Syarat keempat pula ialah kemampuan kewangan. Syarat ini amat penting bagi memastikan kita mampu untuk menyara diri ketika proses mendapatkan ilmu pengetahuan. Ahli ilmu yang baik, ialah mereka yang sentiasa mencari peluang biaya, atau tajaan, bahkan pinjaman, yang membolehkan dirinya berada di dalam persekitaran ilmu pengetahuan. Syarat ini adalah terbukti kepentingannya. Lihatlah sahaja generasi awal di negara kita, berapa ramai yang tercicir di dalam arus perdana pendidikan kerana factor kewangan yang menghambat. Walau pun ditawarkan pengajian di kolej atau pusat pendidikan terunggul, akan tetapi sekiranya tiada wang, maka tidak akan ke mana kita akhirnya. Dengan sebab itu, amat penting bagi generasi sekarang, supaya tidak terlalu berkira di dalam membiayai pendidikan khususnya untuk anak-anak atau saudara terdekat. Anggaplah ianya sebagai satu pelaburan penting di dalam kehidupan, di mana pulangannya kekal sampai ke akhirat.

Syarat kelima pula ialah suhbati ustazi, atau rapat, baik dengan tenaga pengajar. Tuan-tuan sekalian, mungkin ramai di kalangan kita yang merasakan, kunci utama untuk menjadi pelajar cemerlang, ialah semata-mata kepada usaha dan juga kecerdikan peribadi. Malangnya, ramai yang melupakan elemen berkat di dalam menuntut ilmu. Berkat, berasal daripada perkataan birkah, yang bermaksud bekas air. Walaupun bekas yang mengandungi air itu mungkin kecil, seperti oasis di padang pasir, atau tasik di perjalanan, akan tetapi ianya memberi manfaat yang banyak kepada orang lain, serta sumbernya sentiasa berterusan. Berkat boleh difahami dengan fahaman yang mudah, iaitu buat sikit, dapat banyak. Di dalam menuntut ilmu, syarat utama mendapat keberkatan ilmu, ialah mempunyai hubungan yang baik dengan guru kita. Ulamak terdahulu amat menitikberatkan perkara ini, sehingga ada yang sanggup menjadi pemberi khidmat, atau khaddam kepada tok guru mereka. Akan tetapi amalan ini semakin longgar di zaman moden. Bahkan sekarang, kita perhatikan bagaimana anak murid sanggup mencaci memukul dan mengutuk guru-guru mereka. Apatah lagi dengan bercambahnya saluran komunikasi seperti blog dan laman rangkaian social, golongan pengajar mudah untuk diperlekeh oleh anak murid sendiri. Insafilah, dan contohilah sikap Saidina Ali yang sanggup menjadi khadam kepada gurunya walaupun non-Muslim, dengan berkata man allamani harfa, surtu lahu abdan. Sesiapa yang mengajarku sepotong huruf, maka aku akan menjadi hambanya.

Syarat terakhir pula ialah tul al-zaman, iaitu panjang masa. Ketahuilah, bahawa tidak ada kejayaan yang boleh dikecapi dengan masa yang ringkas. Tidak ada ilmu yang boleh dipelajari di dalam masa yang padat. Proses pengajian sepanjang hayat adalah merupakan falsafah utama di dalam sunnah nabi Muhammad, sehingga baginda sendiri meminta kita menuntut ilmu dari buaian hinggalah ke liang lahad.

Thursday 17 January 2013

Menyintai Saudaramu Kerana Allah

Assalamualaikum,

Cinta kerana Allah adalah mencintai hamba Allah kerana keimanannya dan ketaatan kepada Allah SWT. Mencintai orang-orang beriman yang senantiasa taat kepada Allah, sangat besar pahalanya. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:

«إِنَّ اللهَ تَعَالَى يَقُولُ: يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بِجَلاَلِ الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلِّي؟»

Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman, “Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu”

Diriwayatkan hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda:


«وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ، لاَ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا، وَلاَ تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا، أَوَ لاَ أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ، أَفْشُوا السَّلاَمَ بَيْنَكُمْ»
Demi Allah, kalian tidak akan masuk syurga sehingga kalian beriman. Tidak sempurna keimanan kalian sehingga kalian saling mencintai. Adakah kalian mahu aku tunjukkan sesuatu, yang mana jika kalian melakukannya nescaya kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian! (Riwayat Muslim).

Dalil yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah sabda Rasulullah SAW, “Tidak sempurna keimanan kalian sehingga kalian saling mencintai”. Hadis ini menunjukkan tentang besarnya pahala saling mencintai kerana Allah.

Hadis dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda:

«لاَ يَجِدُ أَحَدٌ حَلاَوَةَ اْلإِيمَانِ حَتَّى يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ ِللهِ...»

Sesiapa pun tidak akan merasakan manisnya iman, sehingga ia mencintai seseorang hanya kerana Allah semata. (Riwayat Bukhari).

Hadis dari Abu Dzar yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Hibban, ia berkata:

«يَا رَسُولَ اللهِ، الرَجُلُ يُحِبُّ القَوْم لاَيَسْتَطِيْعُ أَنْ يَعْمَلَ بِأَعْمَالِهِم، قَالَ: أَنْتَ ياَ أَبَا ذَرٍ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ. قَالَ: قُلْتُ فَإِنِّي أُحِبُّ اللهَ وَرَسُوْلَهُ يُعِدُها مَرَّةً أَوْ مَرَّتَيْنِ»

Wahai Rasulullah, bagaimana jika ada seseorang yang mencintai suatu kaum tapi tidak mampu beramal seperti mereka? Rasulullah SAW bersabda, “Engkau wahai Abu Dzar, akan bersama siapa sahaja yang engkau cintai.” Abu Dzar berkata; maka aku berkata, “Sungguh, aku mencintai Allah dan RasulNya.” Abu Dzar mengulanginya sebanyak satu atau dua kali.

Hadis Muadz bin Anas Al-Jahni bahawa Rasulullah SAW bersabda:

«مَنْ أَعْطَى ِللهِ وَمَنَعَ ِللهِ وَأَحَبَّ ِللهِ وَأَبْغَضَ ِللهِ وَأَنْكَحَ ِللهِ فَقَدْ اسْتَكْمَلَ إِيمَانَهُ»

Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya. (Riwayat Al-Hakim).

Manifestasi Cinta kerana Allah

1. Disunahkan orang yang mencintai saudaranya kerana Allah untuk memberitahukan cintanya kepada orang yang dicintainya. Abu Daud dan At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:

«إِذَا أَحَبَّ الرَّجُلُ أَخَاهُ فَلْيُخْبِرْهُ أَنَّهُ يُحِبُّهُ»

Jika seseorang mencintai saudaranya kerana Allah, maka kabarkanlah bahawa ia mencintainya.

2. Disunahkan mendoakan saudara yang dicintainya ketika tidak bersamanya. Diriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:
«مَنْ دَعَا ِلأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ»

Barang siapa yang mendoakan saudaranya pada saat ia tidak bersamanya, maka malaikat yang diamanahkan untuk menjaga dan mengawasinya berkata, “Semoga Allah mengabulkan; dan bagimu semoga mendapat yang semisalnya.” (Riwayat Muslim).

3. Disunahkan meminta doa dari saudaranya. Abu Dawud dan Tirmidzi meriwayatkan bahawa Umar bin Khatab berkata: Aku meminta izin kepada Nabi SAW untuk umrah, kemudian beliau memberikan izin kepadaku dan bersabda:
«لاَ تَنْسَنَا يَا أَخِيْ مِنْ دُعَائِكَ»

“Wahai saudaraku, engkau jangan melupakan kami dalam doamu.”

4. Disunahkan mengunjungi orang yang dicintai, duduk bersamanya, saling menjalin persaudaraan, dan saling memberi kerana Allah, setelah mencintaiNya. Imam Muslim telah meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda:

«أَنَّ رَجُلاً زَارَ أَخًا لَهُ فِي قَرْيَةٍ أُخْرَى فَأَرْصَدَ اللهُ تَعَالَى لَهُ مَلَكًا فَلَمَّا أَتَى عَلَيْهِ قَالَ: أَيْنَ تُرِيدُ؟ قَالَ أُرِيدُ أَخًا لِي فِي هَذِهِ الْقَرْيَةِ، قَالَ هَلْ لَكَ عَلَيْهِ مِنْ نِعْمَةٍ تَرُبُّهَا عَلَيْهِ؟ قَالَ: لاَ، غَيْرَ أَنِّي أَحْبَبْتُهُ فِي اللهِ تَعَالىَ، قَالَ فَإِنِّي رَسُولُ اللهِ إِلَيْكَ بِأَنَّ اللهَ قَدْ أَحَبَّكَ كَمَا أَحْبَبْتَهُ فِيهِ»

Sesungguhnya ada seseorang yang mengunjungi saudaranya di kota lain. Kemudian Allah memerintahkan Malaikat untuk mengikutinya. Ketika malaikat sampai kepadanya, ia berkata, “Engkau hendak ke mana?” Orang itu berkata, “Aku akan mengunjungi saudaraku di kota ini.” Malaikat berkata, “Apakah ada hartamu yang dikelola olehnya?” Ia berkata, “Tidak ada, hanya saja aku mencintainya kerana Allah.” Malaikat itu berkata, “Sesunggunya aku adalah utusan Allah kepadamu. Aku diperintahkan untuk mengatakan bahawa Allah sungguh telah mencintaimu sebagaimana engkau telah mencintai saudaramu itu kerana Allah.”

5. Senantiasa berusaha membantu memenuhi keperluan saudaranya dan bersungguh-sungguh menghilangkan kesusahannya. Hal ini berdasarkan hadis Mutafaq 'alaih dari Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda:

«الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يُسْلِمُهُ مَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللهُ عَنْهُ بِهَا كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ»

Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, ia tidak akan menzaliminya dan tidak akan membiarkannya binasa. Barangsiapa berusaha memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi perluannya. Barangsiapa yang menghilangkan kesusahan dari seorang muslim maka dengan hal itu Allah akan menghilangkan salah satu kesusahannya kelak di Hari Kiamat. Barangsiapa yang menutup aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di Hari Kiamat.

6. Disunahkan menemui orang yang dicintai dengan menampakkan (menzahirkan) perkara yang disukainya untuk menggembirakannya. Diriwayatkan oleh Thabrani dalam kitab As-Shagir, Rasulullah SAW bersabda:

«مَنْ لَقِيَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ بِمَا يُحِبُّ لَيَسُرَّهُ بِذَالِكَ, يُرِهِ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ»

Barangsiapa yang menemui saudaranya yang muslim dengan menampakkan perkara yang disukainya kerana ingin membahagiakannya, maka Allah akan memberikan kebahagiaan kepadanya di Hari Kiamat.

7. Disunahkan seorang muslim menemui saudaranya dengan wajah yang berseri-seri. Diriwayatkan dari Abu Dzar, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda:

«لاَتَحْقِرَنَّ مِنَ الْمَعْرُوْفِ شَيْأً، وَلَوْ أَنْ تَلْقَي أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ »

Janganlah meremehkan kebaikan sedikit pun, walau sekadar bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang berseri-seri (HR. Muslim).

8. Disunahkan seorang muslim memberikan hadiah kepada saudaranya, berdasarkan hadis bahawa Rasulullah saw bersabda:
«وَتَهَادُوْا تَحَابُّوْا»

Kalian harus saling memberi hadiah, maka kalian akan saling mencintai. (HR. Bukhari).

9. Disunahkan menerima hadiah yang diberi saudaranya dan membalasnya. Dasarnya adalah hadis daripada Aisyah riwayat Bukhari, ia berkata:
«كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْبَلُ الْهَدِيَّةَ وَيُثِيْبُ عَلَيْهَا»

“Rasulullah SAW pernah menerima hadiah dan membalasnya. “

Termasuk memberikan balasan hadiah yang setimpal adalah jika seorang muslim mengatakan kepada saudaranya, “Jazakallah Khairan”, ertinya semoga Allah membalasmu dengan kebaikan. Tirmidzi meriwayatkan dari Usamah bin Zaid, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

«مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا فَقَدْ أَبْلَغَ فِي الثَّنَاءِ»

Barangsiapa diberi kebaikan kemudian ia berkata kepada orang yang memberi kebaikan, “Jazakallah Khairan” (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh dia telah memberikan pujian yang sangat baik.

10. Harus berterima kasih kepada orang yang telah memberikan kebaikan kepadanya. Diriwayatkan dari Nu’man bin Basyir, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda:

«مَنْ لَمْ يَشْكُرِ الْقَلِيلَ لَمْ يَشْكُرِ الْكَثِيرَ وَمَنْ لَمْ يَشْكُرِ النَّاسَ لَمْ يَشْكُرِ اللهَ التَّحَدُّثُ بِنِعْمَةِ اللهِ شُكْرٌ وَتَرْكُهَا كُفْرٌ وَالْجَمَاعَةُ رَحْمَةٌ وَالْفِرْقَةُ عَذَابٌ»

Barangsiapa yang tidak mensyukuri nikmat yang sedikit, maka ia tidak akan dapat mensyukuri nikmat yang banyak. Barangsiapa yang tidak dapat bersyukur kepada orang, maka ia tidak akan dapat bersyukur kepada Allah. Membicarakan nikmat Allah adalah sama dengan bersyukur. Dan tidak membicarakan kenikmatan bererti mengingkari nikmat. Berjemaah adalah rahmat, bercerai berai adalah azab.

11. Disunahkan membela saudaranya untuk mendapatkan kemanfaatan dari suatu kebaikan atau untuk memberikan kemudahan dari suatu kesulitan. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW jika didatangi peminta-minta (pengemis), maka baginda suka berkata:

«اِشْفَعُوْا فَلْتُؤْجَرُوْا وَيَقْضِي اللهُ عَلَى لِسَانِ نَبِيِّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا شَاءَ»

Belalah dia, maka kalian akan diberikan pahala. Dan Allah akan memutuskan dengan lisan nabiNya tentang perkara yang ia kehendaki. (HR. Bukhari).

12. Wajib memberi kemaafan terhadap saudaranya. Diriwayatkan Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW bersabda:

«مَنْ اعْتَذَرَ إِلَى أَخِيهِ بِمَعْذِرَةٍ فَلَمْ يَقْبَلْهَا كَانَ عَلَيْهِ مِثْلُ خَطِيئَةِ صَاحِبِ مَكْسٍ»

Barangsiapa yang mengajukan permintaan maaf kepada saudaranya dengan suatu alasan tapi ia tidak menerimanya, maka ia akan mendapat kesalahan seperti kesalahan pemungut pajak.

13. Wajib menjaga rahsia seorang muslim. Diriwayatkan Abu Dawud dan Tirmidzi dari Jabir, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

“Jika seseorang berkata kepada orang lain dengan suatu perkataan kemudian ia menoleh (melihat sekelilingnya), maka pembicaraan itu adalah amanah”.

14. Wajib memberi nasihat. Imam Muslim telah mentakhrij dari Abu Hurairah ra., ia berkata; sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:

«حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللهِ قَالَ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ»

Hak muslim ke atas muslim yang lain ada enam. Dikatakan, “Apa yang enam itu, Ya Rasulallah?” Rasul SAW bersabda, “Apabila engkau bertemu dengan saudara muslim yang lain, maka ucapkanlah salam kepadanya; Apabila ia mengundangmu, maka penuhilah undangannya; Apabila ia meminta nasihat kepadamu, maka berikanlah nasihat kepadanya; Apabila ia bersin dan mengucapkan al hamdu lillah, maka ucapkanlah yarhamukallah; Apabila ia sakit maka ziarahlah; Apabila ia meninggal dunia, maka hantarkanlah sampai ke kuburnya.

Semoga dengan melaksanakan petunjuk Rasulullah SAW dalam mencintai seorang hamba keranaNya, kita dicintai Allah SWT sebagaimana hadis dari Umar bin Al-Khathab, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Allah mempunyai hamba-hamba yang bukan nabi dan bukan syuhada, tapi para nabi dan syuhada tertarik dengan kedudukan mereka di sisi Allah. Para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, siapa mereka dan bagaimana amal mereka? Semoga saja kami dapat mencintai mereka.” Rasulullah SAW bersabda, “Mereka adalah suatu kaum yang saling mencintai nikmat dan kurnia yang diberikan oleh Allah. Mereka tidak memiliki hubungan nasab dan tidak memiliki harta yang mereka kelola bersama. Demi Allah keberadaan mereka adalah cahaya dan mereka kelak akan ada di atas mimbar-mimbar dari cahaya. Mereka tidak berasa takut ketika banyak manusia berasa takut. Mereka tidak bersedih ketika banyak manusia bersedih.”

9 Nafsu 1 Akal Wanita

Assalamualaikum.

Dikatakan perempuan mempunyai 9 nafsu, manakala lelaki 9 akal... Darimanakah asalnya ungkapan tersebut, adakah ianya dalam kategori hadis nabi?
Bagaimana pulak dengan pernyataan ini, perempuan memiliki 9 emosi, manakala lelaki mempunyai 9 logik...

Sering sekali kita mendengar di kalangan masyarakat kita kata-kata bahawa wanita itu mempunyai sembilan nafsu dan satu akal. Kita tidak pasti dari mana kata-kata ini diambil. Yang pastinya Al-Qur’an dan As-Sunnah tidak menetapkan begitu.

Kata-kata ini seolah-olah menggambarkan bahawa wanita itu kurang 80 peratus akalnya berbanding lelaki padahal ini bukan hakikatnya.

Memang terdapat hadith Nabi saw yang sahih yang menyebut tentang kekurangan akal wanita berbanding lelaki. Nabi saw bersabda dalam hadith dari Abi Sa’eed Al-Khudriyy r.a yang menceritakan : Nabi saw keluar pada hari ‘Iid Al-Adha atau Al-Fitri ke tempat solat. Kemudian baginda lalu di hadapan para wanita lalu berkata: Wahai kaum wanita, bersedekahlah kerana sesungguhnya aku melihat bahawa kebanyakan ahli neraka adalah dari kalangan kamu (wanita). Maka para wanita itu bertanya: “Mengapa wahai Rasul Allah,” Nabi saw berkata: “Kamu suka melaknat dan kamu kufur (tidak berterima kasih) kepada suamimu. Aku tidak pernah melihat sesiapa yang lebih kurang akalnya dan agamanya berbanding kamu. Seorang lelaki yang waras boleh dipesongkan oleh kamu.” Maka para wanita itu bertanya: “Apakah kekurangan akal kami dan agama kami wahai Rasul Allah ?” Nabi saw bersabda: “Bukankah kesaksian wanita itu menyamai separuh kesaksian lelaki ?” Maka para wanita itu menjawab: “Ya” Lalu Nabi saw menyambung lagi: “Maka itulah kekurangan akalnya. (Dan) bukankah bila wanita itu datang haidh dia tidak solat dan tidak berpuasa?” “Para wanita menjawab: “Ya.” Maka Nabi saw berkata: Maka itulah kekurangan agamanya.” [Sahih Al-Bukhari, Kitaab Al-Haidh]

Imam Ibn Hajar yang mensyarahkan hadith ini menyebut bahawa terdapat juga wanita yang lebih pandai berbanding lelaki dan perkara ini kita semua sedia maklum akan kebenarannya.

Malah Allah swt merakamkan kisah pemerintah Saba’ yang merupakan seorang wanita yang bijaksana dalam Suurah An-Naml ayat 22 hingga 44. Para isteri Nabi saw juga adalah tokoh-tokoh yang bijaksana dan mahir dalam hukum-hakam agama. Mereka itu mengajar para sahabat Nabi saw dari kalangan lelaki dan nasihat-nasihat mereka sering diambil oleh Nabi saw dalam pelbagai problematika kehidupan.

Mitos bahawa wanita mempunyai hanya satu akal dan sembilan nafsu adalah kata-kata yang tidak ada sumbernya dalam agama ini dan tidak wajar sama-sekali disebarkan.

Wednesday 16 January 2013

Bilik Guru

Assalamualaikum,

Tahun ini aku mempunyai dua bilik, satu bilik guru yg biasa, satu lagi bilik peperiksaan. Pagi td mengemas bilik peperiksaan dgn bantuan Zalina, kerani reso. Terjumpa tikus mati lah pulak, apalagi menjerit lah aku...ketawa je Ina tgk aku. Tak lama, setengah jam dah siap. Duduk sorang2..berfikir mcmna nak rancang meeting hari jumaat ni. Pembahagian tugas, failing dan jadual tugasan. Asyik jadi ketua je kdg2 bosan juga.

Lepas habis kelas, masuk bilik guru...hai asyik mengemas je. Seronok jugak byk masa dgn buku2. Lapar sgt hari ni...keluar beli mknn. Lupa pulak, td ada celebrate hari lahir si budak manje Atikah Hamdan 5 zuhal. Dr pagi dia masam sbb kena buli dgn kwn2...tgk kek baru senyum. Inilah kelas puteri ting5 yg aku ajar...ptg penuh dgn aktiviti koko, badan rasa lebih dan berpeluh2, first time jd guru penasihat puteri islam. Seronok rupanya...









Monday 14 January 2013

Pelantikan Gergasi Pimpinan Pelajar- PRS PPS BADAR & PP

Assalamualaikum,

Perhimpunan kali ini tumpuan kepada Perlantikan badan2 tertinggi dalam PRS, PPS, BADAR dan PP. Bermula dari 7.45 pagi pelantikan dimulakan dgn Pembimbing Rakan Sebaya, PPS, BADAR dan PP. Syabas kpd semua. Semoga tahun ini membuka lembaran baru supaya melangkah lebih kemas berjaya. Beberapa perjuanganku tahun lepas menampakkan hasil. Antaranya PP dah berseluar/kain hitam dan blazer hitam. Badar punya berjaya diperkasakan dgn jawatan tidak bertindih dengan PP. dan yg paling terharu berjaya membawa uniform hijau itu menjadi milik Badar selamanya. Aku memerhati satu persatu. Hati rasa sebak dan sayu....aku tidak lagi berada di atas pentas itu lagi. Mcm2 perasaan datang... mengimbau kenangan2 tahun lalu. Dan akhirnya aku tersenyum sendiri. Sumpah aku tidak ingin menjejakkan kaki ke dunia itu lagi. Cukuplah yg sudah berlalu. Sesungguhnya kenangan memang amat berharga, menjadi benteng yg amat luar biasa dlm diri ini untuk mengharungi hari2 akan datang.

Sekian.