Wednesday 20 March 2013

Beza Lelaki dan Wanita.

Assalamualaikum,

Catatan ini buat renungan muda-mudi yg belum jatuh ke lembah cinta dan juga sindiran kepada sesiapa yg terkena.

Antara fakta menarik tentang lelaki dan wanita ialah :

Lelaki : Susah nak fokus sesuatu perkara terutamanya yang membabitkan perhubungan

Wanita : Senang fokus pada sesuatu perkara walaupun remeh

Lelaki : Emosi ibarat getah. Bila marah perasaan akan menegang dan akan kendur bila marah dah surut

Wanita : Emosi bagai ombak , datang dan pergi. Sebab tu perasaan marah seorang wanita sukar nak reda.

Lelaki : Lebih suka menyendiri dan menjauhkan diri apabila tertekan.

Wanita : Apabila tertekan, biasanya wanita lebih senang meluahkan apa yang dirasa

Lelaki : Disebabkan ego, susah nak terima pertolongan atau pendapat orang lain termasuklah pasangannya.

Wanita : Senang menerima dan terpengaruh dengan pandangan orang terutama orang yang dekat di hatinya.

Lelaki : Apabila perasaan tergugat, lebih senang berdiam diri tanda protes.

Wanita : Apabila perasaan tergugat, cepat melenting dan protes secara terang-terangan.

Lelaki : Melihat sesuatu perkara secara keseluruhan.

Wanita : Melihat sesuatu perkara secara terperinci.

Lelaki : Mempunyai perasaan cinta yang fleksibel, MUDAH BERUBAH bila jumpa yang lebih baik dari yg terbaik.

Wanita : Setia pada cinta dan sukar tergugat. (tapi memiliki jiwa yang rapuh dan mudah tunduk pada cinta) - oh useless

Lelaki : Kejayaan dinilai berdasarkan prestasi dan kredibiliti sendiri

Wanita : Sentiasa menilai diri berdasarkan kekuatan perasaan dan kualiti hubungan dengan orang sekeliling.

Lelaki : Boleh menjadi pemurah atau pun pemboros

Wanita : Boleh menjadi kedekut atau pun berjimat cermat

Lelaki : Kurang teliti dalam berkomunikasi tapi pantas memberikan pandangan

Wanita : Mendengar dengan teliti tapi lambat bagi pandangan sebab wanita berfikir dulu sebelum bertindak.

Lelaki : Sukar mintak maaf tapi senang melupakan.

Wanita : Senang mintak maaf walaupun tak mudah melupakan

Lelaki : Senang untuk buat keputusan

Wanita : Lebih senang mengikut keputusan

Lelaki : Apabila rindu, biasanya lebih senang melakukan perkara lain macam melepak dengan kawan- kawan atau bersukan untuk tenangkan diri.

Wanita : Lebih senang melayan perasaan rindu sendirian, menulis perasaanya ataupun dengar lagu-lagu cinta.

Sekadar hiburan

Sunday 3 March 2013

SUP CENDAWAN BERKRIM

Bahan-bahan ( 2 orang makan )

6 keping cream crakers,
2 cawan air
2 keping cheddar cheese
1kiub ayam maggie
6 biji cendawan kecil
1 labu bawang besar sederhana besar garam



      Cara-cara

  • cream crackers diblender dengan air.
  • bawang dipotong dadu kemudian ditumis sampai garing,
  • selepas bawang garing masukkan cream crackers yang telah di blend tadi,
  • kacau sampai pekat,
  • masukkan kiub ayam dan cendawan tadi,
  • kemudian masukkan garam secukup rasa dan cendwan yang di potong tipis,
  • akhir sekali masukkan cheese tadi
  • kalau rasa sup agak pekat tambahkan sedikit air