Monday 15 April 2013

Ibu Susuan

Assalamualaikum,

Perbincangan secara ringkas tentang konsep ibu susu dalam Islam.

1. Penyusuan yang menimbulkan ikatan mahram yakni yang menjadikan seorang wanita sebagai mahram kepada anak yang disusuinya ialah yang memenuhi syarat-syarat berikut;

a) Hendaklah dari susu manusia dan wanita, bukan susu binatang atau susu lelaki.
b) Menurut ulamak-ulamak dari mazhab Syafiie dan Hanafi; disyaratkan juga wanita yang menyusu hendaklah telah mencapai umur 9 tahun. Namun ulamak-ulamak mazhab Maliki tidak mensyaratkannya.
c) Hendaklah jumlah penyusuan tidak kurang dari lima kali.
d) Bayi yang disusui hendaklah umurnya belum mencapai dua tahun.

2. Menurut jumhur ulamak (merangkumi mazhab Hanafi, Maliki dan Syafi’ie); tidak disyaratkan wanita yang menyusui itu didahului dengan mengandung. Oleh demikian, jika seorang wanita yang masih gadis atau wanita tidak mengandung (akan tetapi ditakdirkan mempunyai susu) lalu ia menyusui seorang bayi, bayi itu akan menjadi anak susuannya jika memenuhi syarat tadi. Adapun mazhab Imam Ahmad; wanita yang masih gadis jika ia menyusui anak, anak itu tidak dianggap anak susuannya kerana susu yang terbit darinya adalah luar biasa dan tidak diterima pada adat/kebiasaan untuk menjadi makanan bayi.

3. Rentetan dari pandangan jumhur di atas, wanita yang terbit susu kerana makan ubat atau suntikan hormon, kemudian ia menyusui seorang bayi dengan susunya itu, bayi itu akan menjadi anak susuannya. Namun bayi itu tidak akan menjadi anak susu bagi suaminya kerana susu itu bukan dari suaminya (yakni bukan susu yang muncul kerana kelahiran hasil benih suaminya). Walaupun bayi itu bukan anak susunya, namun ia menjadi anak tirinya kerana susuan.

4. Penyusuan yang menimbulkan ikatan mahram (kerana penyusuan) tidaklah disyaratkan bayi menyusu di badan. Yang disyaratkan ialah masuknya susu ke dalam mulut bayi. Oleh demikian, jika seorang wanita memerah susunya kemudian memberi minum susu itu kepada bayi, maka bayi itu tetap akan menjadi anak susuannya jika memenuhi syarat-syarat tadi.

5. Disyaratkan lima kali penyusuan sekurang-kurangnya. Sekali penyusuan ialah apabila anak yang menyusu berhenti menghisap dengan pilihan sendiri, bukan kerana suatu sebab lain. Adapun jika ia berhenti kerana suatu sebab seperti kerana mengambil nafas atau untuk rehat seketika dan kemudian segera kembali menghisap atau ada sesuatu yang menarik perhatian tetapi kemudian ia segera kembali menghisap, atau dihentikan seketika oleh wanita yang menyusuinya kemudian kembali menyusuinya, semua itu tidak mengeluarkannya dari pengertian sekali penyusuan. Begitu juga, perpindahan dari satu tetek ke tetek sebelahnya juga masih dikira satu penyusuan. Apabila berlaku lima kali penyusuan mengikut makna penyusuan di atas, akan terhasillah ikatan mahram. Jika bayi hanya mengisap sekali dua, tidaklah menghasilkan ikatan mahram kerana ia tidak memenuhi pengertian sekali penyusuan dan tidak memberi kesan kepada pemakanan. Saidatina ‘Aisyah menceritakan bahawa Nabi bersabda; “Setakat sekali dua hisapan tidaklah mengharamkan (yakni tidaklah menghasilkan ikatan mahram)” (Riwayat al-Jamaah kecuali al-Bukhari).

Saturday 13 April 2013

NASA Menyembunyikan Misteri Disebalik Kota Mekah

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia.” (Surah Maa’idah: 97)

“Neil Amstrong telah membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi."Sebenarnya di dalam Al-Quran terlebih dahulu membicarakan perkara ini, sebagai hamba Allah yang diberikan akal fikiran perlulah meneliti dan berfikir disebalik rahsia-rahsia yang terkandung didalam ayat-ayat suci Al-Quran Al-Karim.

Diantara Kalam-kalam Allah Ta’ala mengenai Mekah Pusat Bumi

Firman Allah yang bermaksud:

“Demikianlah Kami wahyukan kepadamu al-Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memberi peringatan kepada Ummul Qura (penduduk Mekah) dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya (negeri-negeri di sekelilingnya).” (asy-Syura: 7)
Kata “Ummul Qura” bererti induk bagi kota-kota lain, dan kota-kota di sekelilingnya, menunjukkan Mekah adalah pusat bagi kota-kota lain, dan yang lain hanyalah berada di sekelilingnya.
Lebih dari itu, kata “ummu” (ibu) mempunyai erti yang cukup penting dan luas di dalam peradaban Islam. Sebagaimana seorang ibu adalah sumber dari keturunan, maka Mekah juga merupakan sumber dari semua negeri lain serta keunggulan di atas semua kota.

Allah berfirman lagi yang bermaksud:
“Wahai jin dan manusia, jika kamu sanggup menembusi (melintasi) penjuru langit dan bumi, maka lintasilah, kamu tidak dapat menembusinya kecuali dengan kekuatan (ilmu pengetahuan).” (ar-Rahman: 33)

Kata “aqthar” adalah bentuk jamak dari kata “qutr” yang bererti diameter, dan ia mengacu pada langit dan bumi yang mempunyai banyak diameter.

Berdasarkan ayat ini dapat difahami bahawa diameter lapisan-lapisan langit itu di atas diameter bumi (tujuh lempengan bumi). Jika Mekah berada di tengah-tengah bumi, dengan itu bererti bahawa Mekah juga berada di tengah-tengah lapisan-lapisan langit.
Selain itu ada hadis yang menerangkan bahawa Masjidil Haram di Mekah, tempat kaabah berada itu ada di tengah-tengah tujuh lapisan langit dan tujuh lapisan yang membentuk bumi.

Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya: “Wahai orang-orang Mekah, wahai orang-orang Quraisy , sesungguhnya kamu berada di bawah pertengahan langit.”
Berdasarkan penelitian di atas, bahawa Mekah berada pada tengah-tengah bumi (pusat dunia), maka benar-benar diyakini bahawa Kota Suci Mekah, bukan Greenwich, yang seharusnya dijadikan rujukan waktu dunia. – (Dipetik dari Eramuslim “Makkah Sebagai Pusat Bumi” Oleh Dr. Mohamad Daudah)

Neil Amstrong membuktikan bahwa kota Mekah yang terletaknya Kaabah adalah pusat kepada planet Bumi, sedangkan Al-Quran sejak 1400 tahun yang lalu telah berbicara mengenai kota Mekah dan kaabah adalah pusat bumi ini.

Ketika kali pertama Neil Amstrong melakukan perjalanan ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata bertumpu di area yang sangat gelap, dan di manakah ia berpusat?.” Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Para angkasawan telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan satu radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayangnya 21 hari kemudian website tersebut hilang dan seperti ada alasan tersembunyi di sebalik penghapusan lama web tersebut.
Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyatalah radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, dan tepatnya berasal daripada Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite (tidak berakhir). Perkara ini terbukti ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjutan. Para peneliti Muslim mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.

Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, terdapat suatu area yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, di mana apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sama sekali kerana daya tarikan yang sama besar antara kedua kutub .

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka dia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan graviti. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita dicas oleh suatu tenaga misteri yang menyebabkan kita bertenaga ketika mengelilingi kaabah dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.

Penelitian lainnya menyatakan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh terapung di air. Di sebuah muzium di negara Inggeris, terdapat tiga buah potongan batu tersebut (dari Kaabah) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem suria kita.

Rasulullah SAW bersabda:
“Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.”(Jami’ al-Tirmidzi al-Hajj)
“Hajar Aswad dari batu-batuan Syurga dan tidak ada suatu benda di bumi yang turunnya dari Syurga selain batu itu.” (HR. Thabrani)
Wallahu’alam….copypaste apekepelik.com



Wednesday 10 April 2013

Pesanan Buat Isteri

Assalamuaikum,

1. Jaga solat pada awal waktu. Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga. Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun. Iaitu doa seharian Nabi saw seperti doa tidur, bangun tidur, makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yg menggalakkan suaminya untuk solat berjemaah di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.