Saturday 30 August 2014

Pisang Goreng Sedap

Kali ni nak kongsi bagaimana nak buat tepung goreng pisang sedap dan rangup. Selalu kita buat bancuhan antara tepung gandum dan tepung beras... apa kata kali ni kita ubah sikit bancuhannya.

Bahan:
Pisang/ keladi/ keledek dan juga apa saja yang nak digoreng.
3/4 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung pulut (nisbah tepung beras dan tepung pulut adalah 3:2)
Air secukupnya
1 biji telur
Sedikit garam
1 sudu teh kunyit serbuk
Minyak untuk menggoreng

Cara:
Campur tepung pulut, tepung beras, kunyit, garam dan telur. Masukkan air dan bancuh hingga sebati dan bolehlah menggoreng.

Tepung, telur, kunyit dan garam disatukan.