Saturday 18 April 2015

Hudud dari sudut sains

Hudud
Memang hukuman ini dari sudut pandangan mata kasar nampak kasar, kejam dan menakutkan,tetapi mari kita lihat hukuman tersebut daripada perspektif dan kajian sains.Dalam badan manusia terdapatsatu sistem pertahanan badan yang dipanggil sel darah putih.Ia adalah B Limfosit yang turut berperanan menghasilkan imuniti pembaikan sel iaitu cell-mediated immune system.Apabila virus HIV menyerang ,sistempertahanan badan T4 Limfosit akan dimusnahkan oleh virus HIV tersebut dengan melekatkan dirinya pada sel darah putih dan menggagalkan fungsi sistem tersebut.Akibatnya, seluruh sistem pertahanan badan akan mengalami kalumpuhan.Ia dipanggil acquired immunologic deficiency syndrom @ AIDS.Bagi mereka yang belum berkahwin,mereka masih mempunyai antibodi T4 Limfosit yang kuat dan bertenaga,sekiranya penzina itu dijangkiti HIV selepas berzina,T4 Limfositnya akan diserang HIV lalu menyebabkan sel-sel T4 tersebut musnah dan mematikan sel-sel sumsum tulangnya.Akibatnya ,sel-sel T4 yang baru tidak dapat dihasilkan dengan jumlah yang banyak kerana sebahagian daripada sel-sel darah putih itu akan bertukar menjadi benih manusia(air mani).Badan akan menjadi lemah dan AIDS mula menyerang ,tetapi pesakit ini boleh sembuh.Untuk mengelaknya,penzina tersabut perlu disabat dan badannya mesti mengalami kerosakkan sel yang banyak bagi meransang penghasilan sel-sel T4 yang baru.Di samping itu, ia akan menggalakkan sumsum tulang menghasilkan antibodi yang baru.Cara terbaik adalah sebat di bahagian belakang antara tengkok dan atas pinggang.Dengan ini, penghasilan sel-sel T4 akan terjadi sebanyak  2-5 kali ganda jumlahnya berbanding jumlah AIDS tersebut.                                                                                                                                                                                                                                                                                                       Bagi yang sudah berkahwin ,sel-sel T4 mereka sudah lemah dan mudah dijangkiti HIV berbanding yang belum berkahwin.Kelemahan ini berpunca daripada kehakisan sumsum tulang dan karang menghasilkan antibodi kerana tertumpu kepada penghasilan benih untuk sperma-sperma yang yang baru.Penzina ini tidak dapat diselamatkan lagi dan rejam sehingga mati adalah penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan penyakit AIDS.Akhirnya ,rumah tangga penzina tersebut akan terselamat dari jangkitan HIV.Memang kelihatan aneh dan janggal ,tetapi itulah salah satu kelebihan yang diberikan Allah kepada manusia sebagai pengajaran.Janganlahkita melihat ia hanya mendatangkan satu beban atau masalah,tetapi pandanglah ia sebagai satu pembawa kebaikan bersama dari sudut agama dan sains....

Friday 17 April 2015

Iddah dan Sains

Gara-Gara Iddah, Pemimpin Yahudi Masuk Islam
Robert Guilhem, pakar genetik dan pemimpin yahudi di Albert Einstein College menyatakan dengan tegas soal keislamannya. Dia masuk Islam setelah kagum dengan ayat-ayat Al-Quran tentang masa iddah wanita muslimah selama tiga bulan. Massa iddah merupakan massa tunggu perempuan selama tiga bulan, selama proses dicerai suaminya.

Seperti dikutip dari societyberty.com, hasil kajian yang dilakukannya menunjukkan, massa iddah wanita sesuai dengan ayat-ayat yang disenaraikan di Al-Quran. Hasil kajian itu menyimpulkan hubungan intim suami isteri menyebabkan lelaki meninggalkan kesan khususnya pada perempuan.

Dia mengatakan jika pasangan suami isteri (pasutri) tidak bersetubuh, maka tanda itu secara perlahan-lahan akan hilang antara 25-30 peratus. Gelhem menambah, tanda tersebut akan hilang secara keseluruhan setelah tiga bulan berlalu. Kerana itu, perempuan yang dicerai akan siap menerima kesan khusus lelaki lain selepas tiga bulan.
Bukti empiris ini mendorong pakar genetik Yahudi ini melakukan penyelidikan dan pembuktian lain di sebuah perkampungan Muslim Afrika di Amerika. Dalam pelajarannya, ia mendapati setiap wanita di sana hanya mengandungi cap khas dari pasangan mereka saja.

Kajian serupa dilakukan di perkampungan nonmuslim Amerika. Hasil kajian membuktikan wanita di sana yang hamil mempunyai jejak kesan khusus dua hingga tiga lelaki. Ini bermakna, wanita-wanita non-muslim di sana melakukan hubungan intim selain perkahwinannya yang sah.

Sang pakar juga melakukan penyelidikan kepada isterinya sendiri. Hasilnya menunjukkan isterinya ternyata mempunyai tiga rekod cap laki-laki alias isterinya curang. Dari kajiannya, hanya satu daripada tiga anaknya saja berasal dari dirinya.

Setelah kajian-kajian tersebut, dia akhirnya memutuskan untuk masuk Islam. Ia meyakini hanya Islam lah yang menjaga martabat perempuan dan menjaga keutuhan kehidupan sosial. Ia yakin bahawa perempuan muslimah adalah yang paling bersih di muka bumi.
sumber republika.co.id