Friday 10 July 2015

Isu Ahli Pakaian Ahli Sukan - Dr Zakir Naik

  1. Isu yang hampir sama dengan ini pernah dimainkan oleh pihak media di India beberapa tahun yang lalu apabila seorang ahli sukannya yang merupakan seorang muslimah berpakaian menjolok mata. Sama seperti di sini, pelbagai pihak termasuk agamawan dan ahli politik mula memberi riaksi yang pelbagai termasuk kritikan dan sokongan. 

  2. Apabila diajukan soalan ini kepada Zakir Naik, beliau memulakan jawapannya dengan teknik “turn the table” kepada pihak media. Beliau bertanya, “mengapa ajukan soalan ini kepada ulamak islam?”. Padahal kebanyakan ahli sukan wanita yang berpakaian menjolok mata merupakan dari agama lain. Muslimah hanya minoriti.


  3. Beliau menerangkan tentang usaha pihak media pro-islamophobe untuk memburukan nama Islam dengan cuba membuat gambaran “ out of propotion”. Kita dapat lihat, perkara yang sama berlaku di negara kita terutamanya melalui media-media seperti Malaysiakini dan TMI. Beliau turut manasihati umat Islam untuk berhikmah dalam menyampaikan kebenaran agama ini sebagaimana dinyatakan dalam Al Quran 16:125

     

  1. Zakir Naik turut mencabar pihak media untuk mengajukan soalan yang sama kepada Pope/ Bishop. Beliau menerangkan tentang pendirian Bible tentang isu ini sepertiman yang dinyatakan dalam Book of 1st Timoty 2:9, “Demikian juga hendaknya perempuan, hendaklah ia berdandan dengan pantas, dengan SOPAN dan sederhana, rambutnya jangan berkepang-kepang, jangan memakai emas atau mutiara ataupun pakaian yang mahal-mahal” 


  2. Lihat bagaimana pemakaian biarawati, lihat bagaimana gambar “Mother Mary”, pemakaian mereka sama sebagai muslimah. Tanyakan soalan ini kepada Pope, apa pandangan beliau jika biarawati mengenakan pakaian menjolok mata seperti itu dan bersukan dikhalayak ramai? Bagi kami umat Islam, semua wanita kami sama pangkatnya seperti biarawati.