Sunday 5 June 2016

Tidak Membatalkan Puasa Dlm Perubatan

1. Ubat titik mata dan telinga, cuci telinga (earwash).

2. Ubat GTN yang diletakkan di bawah lidah dengan syarat ia tidak ditelan.

3. Memasukkan pessary, ovules kedalam kemaluan wanita (vagina), cuci vagina, memasukkan alatspeculum kedalam vagina; atau memasukkan jari (oleh doktor/bidan) untuk pemeriksaan (contoh periksa jalan untuk bersalin).

4. Memasukkan alat urethroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun irigasi pundi kencing.

5. Menggerudi, mencabut, mencuci gigi, menggunakan miswak (kayu sugi); dengan syarat ia tidak ditelan.

6. Injeksi (cucuk) melalui kulit ke dalam otot (intramuscular), sendi (intraarticular), ke dalam pembuluh darah (intravenous) kecuali jika bahan yang dicucuk itu mempunyai zat.

7. Menderma atau menerima darah.

8. Menerima oksigen atau gas untuk bius.

9. Menerima semua bahan yang diserap ke dalam badan melalui kulit seperti krim sapuan, minyak dan sebagainya.

10. Mengambil darah untuk pemeriksaan.

11. Memasukkan tiub (catheter) untuk pemeriksaan.

12. Memasukkan tiub melalui mulut atau dubur (Endoscopy) untuk pemeriksaan (diagnostic) atau rawatan (intervention).

13. Mencuci mulut, kumur-kumur, spray mulut; dengan syarat ia tidak ditelan.

14. Pemeriksaan dalam rahim (Hysteroscopy) atau memasukkan alat dalam rahim (intrauterine device).

15. Mengambil sel dari hati atau organ lain (Biopsy).

16. Menggunakan ubat titik hidung, spray hidung atau inhaler (untuk asthma).

17. Injeksi pada dubur, pemeriksaan dubur (anoscopes) ataupun pemeriksaan dubur menggunakan jari.

18. Pembedahan yang memerlukan bius penuh (general anaesthesia); jika pesakit mahu berpuasa.

19. Haemodialisis atau peritoneal dialysis. – MYNNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment